Siakap Keli
penampakan meteor brunei
Gambar: Facebook

Video Penampakan Objek Didakwa Meteor Di Langit Brunei Cetus Tanda Tanya

Video Penampakan Objek Didakwa Meteor Di Langit Brunei Cetus Tanda Tanya

Tular satu rakaman yang mendedahkan penampakan objek didakwa meteor dipercayai memasuki ruang udara Brunei selepas kelihatan pada malam semalam.

Menerusi satu rakaman kamera papan pemuka atau ‘dashcam’ milik seorang pemandu, ia memaparkan cahaya berwarna hijau biru itu menerangi ruang langit sebelum hilang.

Sewaktu kejadian, pemilik dashcam tersebut dipercayai sedang memandu di jalan raya menuju arah Sunway, Sungai Tilong.

Gambar: Facebook

Penampakan objek tersebut bersaiz agak besar dan bercahaya berwarna biru kehijauan sehingga langit yang gelap itu menjadi terang buat seketika.

Susulan itu, klip berkenaan mendapat perhatian di media sosial kerana ia menimbulkan pelbagai persoalan termasuk segelintir masyarakat mendakwa mereka juga melihat objek berkenaan pada hari yang sama.

Untuk makluman, Sungai Tilong merupakan sebuah kampung yang terletak di Mukim Barakas di daerah Brunei-Muara.

Serpihan Komet Bercahaya Terangi Langit Malam Portugal, Sepanyol

Sebelum ini, sebuah kamera keselamatan dilaporkan berjaya merakam kejadian serpihan komet melintasi dan menerangi langit di bandar Braga, Portugal.

Fenomena astronomi ini dapat dilihat dengan jelas di beberapa kawasan di Sepanyol dan Portugal.

Agensi Angkasa Eropah (ESA) pada Ahad berkongsi video di platform X yang menunjukkan meteor tersebut melintasi langit bandar Caceres di barat Sepanyol, berhampiran sempadan Portugal.

Bagaimanapun, ESA kemudian menyatakan bahawa objek tersebut kelihatan seperti “serpihan kecil komet” dan bukan meteor, serta menganggarkan ia terbang di atas Sepanyol dan Portugal dengan kelajuan 45 kilometer sesaat sebelum terbakar di lautan Atlantik.

Menurut ESA, kemungkinan untuk mana-mana meteor ditemui adalah sangat rendah.

Dalam pada itu, balai cerap astronomi Calar Alto di Sepanyol juga melaporkan bahawa analisis awal oleh Institut Astrofizik Andalusia menunjukkan objek tersebut mempunyai ciri-ciri komet.

BACA: Seorang Bakal Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Makkah

Di kedua-dua negara, video yang menunjukkan objek tersebut melintasi langit malam dengan kelajuan tinggi dan menerangi langit dengan cahaya biru dan hijau menjadi tular di media sosial apabila beberapa individu sempat merakam kejadian tersebut.

Sumber:  Brunei Dot Com 2.0/Facebook

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?