Siakap Keli
nabil zamanhuri meninggal dunia
Gambar: Instagram Nabil

Bekas Penyanyi Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Bekas Penyanyi Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Bekas penyanyi Nabil Zamanhuri, 37, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi tadi.

Menerusi perkongsian Facebook ERA (Malaysia), jenazah kini berada di Hospital Ampang.

Sementara itu, dalam satu hantaran di Facebook oleh seorang wanita dipercayai ibu Allahyarham, Fatimah Abdullah turut memaklumkan pemergian Allahyarham.

“Innalillahiwainna Illaihi rojiun, anak lelaki saya yang tercinta, Nabil sudah kembali ke rahmatullah.

“Mohon ampuni dan halalkan makan minum dia dan doa agar dia ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin, Amin Ya rabbal Alamin.

“Urusan jenazahnya akan diberitahu,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, punca kematian masih belum diketahui.

BACA: Seorang Bakal Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Makkah

Menurut Gempak, Allahyarham telah berkhidmat dengan Astro selama lima tahun sebagai Digital Strategist dan Content Development Unit untuk saluran Melayu.

Antara rancangan yang turut diwarnai arwah Nabil sebagai pengelola kandungan digital termasuklah Big Stage, Gegar Vaganza dan terbaharu The Hardest Singing Show.

Bukan itu sahaja, arwah juga menyandang gelar naib juara dalam program realiti nyanyian, rancangan Mentor musim pertama.

Arwah turut bergiat aktif dalam bidang lakonan dalam beberapa drama TV dan menjadi pengacara dalam sebuah rancangan mingguan tempatan.

Pemergian Allahyarham meninggalkan seorang balu, dan dua anak.

Info lanjut menyusul.

Sumber: ERA Malaysia, Fatimah Abdullah 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?