Siakap Keli
cuci pinggan cerai isteri
Gambar Hiasan via Google

Berang Video Tengah Cuci Pinggan Dimuat Naik Di Media Sosial, Lelaki Nekad Ceraikan Isteri

Berang video dirinya ketika sedang cuci pinggan dirakam dan dimuat naik di media sosial, seorang lelaki warga Syria nekad menceraikan isterinya.

Menurut laporan Gulf News, isteri kepada lelaki berkenaan memuatnaik video tersebut dengan lagu latar yang seolah-olah menunjukkan lelaki itu di bawah kawalannya.

Wanita itu dikatakan mengambil peluang ketika si suami sedang sibuk mengemas rumah dan bertindak merakam keadaan di mana lelaki itu sedang berdiri di dapur sambil cuci pinggan.

Lagu latar yang dianggap provokatif itu memancing amarah si suami. Lelaki berkenaan kemudiannya membuat keputusan menceraikan si isteri setelah klip video memaparkan dirinya cuci pinggan itu tular di media sosial.

Lagu yang membawa kepada penceraian pasangan itu dinyanyikan oleh salah seorang penyanyi tempatan itu membawa maksud “saya dominan” atau “saya akan mengawal anda”.

Sebelumnya, terdapat dua lagi kes penceraian di Iraq dan Jordan dilaporkan kerana lagu yang sama.

Awal tahun lalu, Baghdad mencatatkan rekod kes cerai paling singkat, di mana seorang pengantin lelaki melafazkan cerai terhadap isterinya kerana memainkan lagu tersebut di majlis perkahwinan mereka.

Memetik laporan Gulf News, pengantin perempuan berkenaan dikatakan menari mengikut rentak lagu tersebut, di mana tindakan itu dianggap provakatif oleh pengantin lelaki serta keluarganya.

Lelaki tersebut kemudiaannya terlibat pertengkaran dengan isterinya dan memutuskan untuk menceraikan wanita itu.

Sumber: Gulf News

Eyla Azri