Siakap Keli
telan berus gigi
Gambar: CTS Taiwan

Wanita Tertelan Berus Gigi 18cm, Sempat Pergi Kerja Sebelum Jumpa Doktor

Seorang wanita dari Taiwan terpaksa dirawat di hospital selepas tidak sengaja tertelan sebatang berus gigi berukuran 18 sentimeter (cm).

Menurut Mothership, wanita berusia 44 tahun itu memberus giginya pada sudut yang salah pada pagi itu lalu tertelan berus giginya.

Sempat pergi kerja lepas tertelan berus gigi

Namun kerana masih berasa letih dari hari sebelumnya, dia tergesa-gesa berangkat ke tempat kerja setelah insiden tertelan berus gigi pagi itu.

Walaupun berasa sangat tidak selesa dengan keadaan berus gigi tersekat pada kerongkongnya, dia masih sibuk meneruskan kerja-kerjanya.

Wanita berkenaan pergi ke hospital untuk berjumpa dengan doktor tujuh jam setelah itu. Doktor yang merawatnya, Cai Yuanrong jelas terkejut setelah wanita itu menjelaskan keadaannya.

“Saya bertanya kepadanya sama ada dia pasti bahawa adakah berus gigi itu 18cm dan dia menjawab ya,” kata doktor tersebut.

Berus gigi itu dikatakan tidak kelihatan pada imbasan X-Ray. Namun ia dapat dikesan melalui endoskopi, di mana berus gigi itu berada di dalam kerongkong wanita berkenaan dan tisu di sekelilingnya dilihat telah meradang, lapor CTS Taiwan.

Berus gigi berjaya dikeluarkan tanpa pembedahan

Dr Cai walau bagaimanapun berjaya mengeluarkan berus gigi tersebut melalui alat khas tanpa perlu melakukan prosedur pembedahan terhadap wanita itu.

Jelasnya, keadaan akan lebih merbahaya jika berus gigi berkenaan tidak dikeluarkan. Hal ini kerana, ia mungkin tersekat pada usus wanita tersebut dan menyebabkan ususnya pecah.

Sumber: Mothership

Eyla Azri