Siakap Keli
cara masak kentang
Gambar via Mirror

Wanita Kongsi Empat Cara Masak Kentang Yang Berbeza

Seorang wanita bernama Julia Banim berkongsi pengalamannya tentang kaedah memasak kentang menggunakan empat cara yang berbeza.

Dia memuat naik gambar dan video hasil masakannya menerusi sebuah laman web di internet.

“Saya mencuba empat cara yang berbeza untuk memasak kentang dan yang paling murah tidaklah begitu teruk,” katanya.

Nak ketahui dengan lebih lanjut, mari ikuti petikan daripada Mirror di bawah ini.

Kita semua mempunyai kaedah memasak yang tersendiri. Oleh itu, saya berkongsikan empat kaedah untuk kentang yang popular untuk dicuba.

Saya hanya pernah beberapa kali sahaja menikmati kentang bakar yang betul-betul sedap. Hal ini disebabkan, untuk mencari keseimbangan antara kulit yang rangup dan “velvety mash” adalah sangat susah.

Dalam aspek ini, saya memutuskan untuk mencuba empat cara memasak kentang bakar yang popular.  Saya melihat dari dua aspek iaitu kos yang rendah tetapi berbaloi dan yang paling sedap.

Kebiasaaannya, saya sering memilih kentang yang besar. Kemudian tuangkan sedikit minyak zaitun dan garam laut selepas menekan kentang dengan garpu. Masukkan kentang itu ke dalam ketuhar selama hampir 1 jam 10 minit, lalu dibalut dengan lapisan kertas aluminium.

Gambar via Mirror

Baru-baru ini saya diberitahu bahawa penggunaan kertas aluminium tidaklah sesuai kerana memberikan tekstur yang hambar akibat dikukus dan rasa yang kurang menarik semasa direbus.

Rasa ingin tahu tentang cara penyedian kentang jaket telah membuatkan saya menguji empat pendekatan popular iaitu dibakar dengan kertas aluminium, dibakar tanpa kertas aluminium, direbus kemudian dibakar dan dimasak dalam ketuhar gelombang mikro.

Kentang berasal dari paket 39 paket yang sama dari Morrisons, dengan setiap satunya diisi dengan inti mentega, cheddar, krim masam dan percikan Tabasco.

Perbezaan pada akhirnya agak luar biasa.Saya terkejut dengan perbezaan yang jelas antara empat kentang yang dalam gelombang mikro itu.

Gambar via Mirror

Dibakar dalam ketuhar gelombang mikro

Dalam panduan mengatakan 7-12 minit telah pun masak. Pada awalnya, saya agak ragu-ragu namun selepas 8 minit ke atas, saya mendapati bahawa kentang itu sudah masak.

Seterusnya saya memotongnya namun tidaklah begitu gebu. Perkara ini mengambil masa sedikit. Hasilnya, ia tidaklah begitu rangup di luar. Untuk pengetahuan, kentang bakar ini juga tidaklah selembut gula-gula kapas. Namun, ia sesuai untuk makan tengahari.

Penilaian: 8/10

Gambar via Mirror

Direbus kemudian dibakar

Ramai penggemar kentang bakar menyatakan kaedah ini membantu memberikan ruang kosong antara kulit dan isi kentang, sekaligus ia membuatkan rasa garing tidak seperti kaedah memasak yang lain.

Kaedah memasak ini saya ambil dari blogger makanan The Foodie Patootie, yang berkongsi resepi kentang rebus.

Pertama, selepas 10 minit kentang didihkan, masukkannya ke dalam ketuhar pada suhu 220 darjah dan tambahkan penambah rasa selepas 10 minit. Sekiranya sudah masak, ia akan berubah warna menjadi gelap.

Kebanyakan resepi mencadangkan tempoh masa untuk memasak adalah 20-40 minit. Namun ia bergantung juga kepada kelembutan kentang itu. Jika belum terlihat gebu, letakkan semula di dalam ketuhar. Anda juga boleh guna mentega untuk melembutkannya.

Ramai orang lebih memilih untuk direbus, tetapi secara peribadi saya ia membuatkan lebih banyak perkara dan bermasalah.

Penilaian: 4/10

Gambar via Mirror

Dibalut dengan sedikit kertas Aluminium

Selain itu, untuk kaedah ini saya menggunakan pendekatan hasil pengalaman iaitu panaskan dahulu selama satu jam 10 minit  di dalam ketuhar dan turunkan sedikit suhu selepas setengah jam.

Selepas itu, barulah ia masa yang sesuai untuk dimakan . Kentang ini lebih pucat dan tidak mempunyai perisa kecuali rasanya yang tersendiri.

Ringkasnya, ia bukanlah kentang bakar yang paling teruk pernah saya cuba, tetapi ia tidak membuatkan saya menumbuk bibir saya. Dari segi kelembutan, ia juga tidak mendapat penilaian yang tinggi.

Rating: 7/10

Gambar via Mirror

Kaedah tanpa kertas aluminium

Walaupun saya menggunakan kaedah sendiri, saya mendapati bahawa kentang ini lebih gelap, lebih rangup daripada kaedah kertas aluminium dan lebih istimewa.

Isi kentangnya lebih gebu seperti kapal yang melalui awan apabila menekannya menggunakan garpu. Kentang ini boleh dinikmati begitu sahaja dan berperisa. Jelasnya, kaedah memasak kentang tanpa balutan adalah yang terbaik.

Penilaian: 9/10

Keputusan akhir

Kaedah direbus kemudian dibakar membuatkan kentang panggang yang sejuk, hambar dan kurang memuaskan daripada yang lain tambahan pula ia tidaklah mudah untuk dilakukan.

Sementara itu, kaedah memasak “dibakar dalam ketuhar” merupakan kaedah mesra dompet dan kedua terbaik daripada kaedah itu.

Akhir sekali, pemenang bagi kaedah memasak kentang adalah kaedah tanpa kertas aluminium. Sekarang ia membuatkan saya mahukan ia lagi.

Sumber: Mirror

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?