Siakap Keli
divaksinasi
Gambar Via Bernama

Guru Yang Belum Divaksinasi Dibenarkan Mengajar Di Sekolah Secara Fizikal – Radzi Jidin

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan bahawa guru yang belum divaksinasi dibenarkan untuk mengajar di sekolah secara fizikal.

Bagaimanapun, mereka perlu mengambil kira pematuhan kepada pemakaian pelitup muka.

Menurutnya lagi, kehadiran guru dan pegawai pengurusan ke institusi pendidikan adalah wajib.

“Mereka perlu melakukan ujian kendiri COVID-19 jika bergejala dan jika negatif, mereka perlu hadir dan memakai pelitup muka sepanjang masa di sekolah.

“Jika positif, tidak perlu hadir ke sekolah dan menunjukkan bukti HSO kepada pentadbir,” katanya.

Beliau memaklumkan perkara tersebut menerusi sidang media yang diadakan hari ini.

Menerusi sidang media itu, beliau juga memaklumkan bahawa pelajar Tingkatan Satu dan Empat yang telah diterima masuk ke sekolah khusus dibenarkan mendaftar secara fizikal bermula 13 hingga 16 Mei ini.

Memetik laporan Bernama, pendaftaran fizikal itu melibatkan ambilan baharu dan rayuan bagi pelajar Tingkatan Satu dan ambilan rayuan sahaja bagi pelajar Tingkatan Empat.

“Kita beri ruang panjang bagi ibu bapa memilih tarikh sesuai antara empat hari tersebut selain membolehkan mereka membuat persediaan sepatutnya,” katanya.

Sumber: BERNAMA TV

Sofea

There's always another side to every story