Siakap Keli
Puasa 6
Gambar via Arab News

Adakah Puasa Enam Di Bulan Syawal Perlu Berturutan Atau Boleh Dipisahkan? Mufti Menjawab

Sebanyak 29 hari kita menyambut bulan Ramadan dan melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain seperti solat sunat Tarawih, sedekah dan sebagainya.

Kini pula, kita menyambut Syawal untuk meraikan kejayaan setelah berjaya melakukan ibadah-ibadah tadi dengan baik melalui sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh seluruh umat Islam.

Umumnya, pada hari raya, kita dan juga saudara mara akan menikmati pelbagai juadah seperti ketupat, lemang, rendang dan banyak lagi. Sebulan berpuasa, mestilah nak raikan dengan makanan yang sedap-sedap.

Namun, pada bulan Syawal juga ada ibadah atau amalan berpuasa yang disebut sebagai ‘puasa enam’. Puasa ini perlu dilakukan selama enam hari di bulan Syawal dan ia tidak boleh kurang dari itu.

Namun yang sering menjadi persoalan adalah turutan untuk melaksanakan puasa itu, adakah ia perlu dilakukan secara berturut-turut atau boleh dipisahkan jumlahnya?

Menjawab persoalan ini, kami sertakan perkongsian dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan berkaitan isu ini dengan lebih terperinci dari sudut pandang agama.

Ikuti perkongsian di bawah, semoga ia memberi manfaat kepada semua yang membaca, InsyaAllah.

Irsyad al-Fatwa Ke-120: Adakah puasa enam di bulan Syawal perlu dilakukan secara berturutan ataupun boleh dipisahkan?

Soalan:

Adakah puasa 6 perlu dilakukan secara berturutan ataupun boleh dipisahkan?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Antara amalan sunat yang boleh dilakukan apabila tibanya Syawal adalah dengan melakukan ibadah puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

Ianya thabit dari perbuatan Nabi SAW yang mana di dalam hadith ada menyebutkan mengenai kelebihan berpuasa 6 hari di bulan Syawal iaitu bersamaan pahalanya dengan berpuasa sepanjang tahun. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Muslim daripada Abu Ayub al-Ansari RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.

Riwayat Muslim (1164)

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah ketika mensyarahkan hadith di atas menyebut bahawa hadith ini menjadi dalil bagi mazhab Syafi’e, Hanbali dan juga Daud (al-Zahiri) bahawa disunatkan untuk berpuasa enam pada bulan Syawal manakala fadhilat seumpama berpuasa sepanjang tahun adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang lain yang mana menyebutkan bahawa setiap kebaikan itu dibalas dengan 10 kali ganda (أَنَّ الْحَسَنَةَ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا  )[1].

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah ketika mensyarahkan hadith di atas menyebut bahawa hadith ini menjadi dalil bagi mazhab Syafi’e, Hanbali dan juga Daud (al-Zahiri) bahawa disunatkan untuk berpuasa enam pada bulan Syawal manakala fadhilat seumpama berpuasa sepanjang tahun adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang lain yang mana menyebutkan bahawa setiap kebaikan itu dibalas dengan 10 kali ganda (أَنَّ الْحَسَنَةَ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا  )[1].

Kesimpulan

Berdasarkan pendapat-pendapat yang terdapat di dalam isu ini, kami katakan bahawa isu ini ada fleksibilitinya yang tersendiri iaitu puasa 6 boleh dilakukan secara berturutan ataupun dipisahkan. Diawalkan ataupun dilewatkan selagi mana masih berada di dalam bulan Syawal. Ianya tidak menjadi masalah.

Di dalam kemeriahan kita menyambut Syawal, sudah pasti akan ada jemputan dari sanak saudara juga rakan taulan untuk menghadiri rumah terbuka, kenduri dan sebagainya. Maka ianya tidak menjadi masalah serta penghalang untuk menunaikan puasa 6 Syawal kerana terdapat fleksibiliti di dalam kaifiat menunaikannya. Alangkah baiknya jika kita dapat menghimpunkan dua kebaikan dalam bulan Syawal ini, satunya dengan berpuasa enam dan keduanya dengan menghubungkan silaturrahim sesama kita. Wallahu a’lam.

Sekian, wassalam.

Akhukum fillah,

Sumber: Dr Zulkifli Al-Bakri

Faiz Mustafa