Siakap Keli
Gambar: Tiktok kenalcindior

Lima Tahun Tinggal Di Indonesia, Lelaki Cari Isteri Untuk Tolong Habiskan Duitnya

Baru-baru ini, tular sebuah video menyaksikan seorang lelaki mendakwa tengah mencari calon isteri untuk menghabiskan duit simpanan.

Ken Alcindor seorang lelaki berkulit gelap itu tinggal di Bali, Indonesia sejak lima tahun lalu. Melalui video berkenaan juga, dia juga dilihat turut fasih bertutur dalam bahasa Indonesia itu.

“Perhatian. Perhatian. Nama saya Ken, tinggal di Indonesia udah lima tahun.

“Sekarang cari isteri, untuk habiskan wang saya,”ucap Ken dalam bahasa Indonesia.

@kenalcindior

Tolong Aku Cari Istri #balilife #bule #funny #fyp #beach #smile

♬ son original – kenalcindior

Video itu telah dikongsikan Ken menerusi aplikasi TikTok dan telah mendapat tumpuan ramai terutamanya golongan wanita.

Siapa sangka, video yang berdurasi 15 saat itu telah mendapat lebih 4.7 juta tontonan dan 377 ribu tanda suka serta 38 ribu komen daripada pengguna TikTok.

Rata-rata pengguna TikTok terhibur dengan video yang dimuat naik oleh Ken itu dan membanjiri ruangan komen dengan pelbagai ragam.

“Saya berminat bapak tapi untuk saudara saya aja ya yang di kampung,” kata itankacih.

“Saya cari suami untuk kasih uang ke saya” kata Mishell Naiald Goo Joon.

Ken yang mempunyai lebih 40 ribu pengikut di aplikasi TikTok itu membuatkan ramai warga tiktok berdekah dengan ragam yang ditunjuknya dalam video itu.

Sumber: Tiktok kenalcindior

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?