Luar rumah setinggan dalam macam kondo, itulah yang dapat diungkapkan apabila melihat sesebuah rumah yang kelihatan biasa saja dari luar tetapi di dalamnya sangat cantik.
Seperti pondok milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Baharuddin Mamat yang tular di TikTok sejak beberapa hari yang lalu.
Jika dilihat dari luar, anda mungkin tidak akan menyangka bahawa pondok tersebut kelihatan indah di dalamnya.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh kenalannya @salahuddinmazelan, memasuki ke dalam pondok tersebut adalah seperti berada dalam dunia yang berbeza.
Manakan tidak, ia dihiasi dengan pelbagai barangan berwarna keemasan yang kelihatan sangat mewah dan moden.
Paling istimewa, tandas di dalam pondok itu juga turut dilengkapi dengan tab mandi dan dihiasi dengan sangat kemas.
@salahuddinmazelan Kepala paip air sinki😬 #fyp #pondokusang
Ketika dihubungi oleh Siakap Keli, Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Pokdin berkata pondok itu sebenarnya dibina untuk membolehkannya dan pekerja-pekerjanya berehat selepas berniaga.
Menurutnya, pondok tersebut berada berdekatan dengan kedai makannya di Kampung Dusun Melintang, Jalan Sultan Muhammad di Terengganu.

“Saya ada kedai makan, jadi nak solat saya buat pondok tempat staf solat dan saya berehat selepas berniaga,” katanya.
Menelan kos sebanyak RM11,000, Pokdin juga berkata pondok itu telah dibina olehnya sejak dua tahun lalu, tetapi tandas di dalamnya baru saja disiapkan pada tahun ini.

“Saya buat sendiri saja. Pakai kayu, tampal zink buruk,” katanya.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 9.5 juta tontonan di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka bahawa pondok tersebut kelihatan mewah di dalamnya. Malah, ada yang berseloroh ingin memberikan bantuan kepada Pokdin sebelum melihat ruang di dalam pondok tersebut.

Mula-mula ingatkan orang susah
Luar setinggan dalam condo
Sumber: salahuddinmazelan