Siakap Keli
Ustaz Kazim kena sihir

”Ramai Orang Kata Kena Sihir Puru Katak” – Ustaz Kazim Elias

Pendedahan yang dibuat oleh pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih mesra dipanggil Ustaz Kazim Elias (UKE) mengenai ‘penyakit’ yang dirahsiakan beliau selama ini daripada khalayak umum, ternyata mengejutkan ramai.

Menerusi perkongsian video terbaru di Facebook, beliau berkata dia sudah mendapatkan rawatan moden dan alternatif untuk merawatnya.

Namun begitu, penyakit berkenaan tetap juga tidak sembuh sehingga dia tidak mampu menyembunyikan keadaan itu lagi.

”Selama ni saya sembunykan penyakit saya tapi saya rasa tak boleh dah, doktor tujuh orang merawat saya dan meminta saya mencucuk steroid sahaja.

”Saya ‘berubat’ sejauh Kelantan, Terengganu, Johor dan hanya orang merawat saya yang mengetahui keadaan saya tapi sampai bila saya nak sembunyikan benda ni,” katanya.

Jelas Ustaz Kazim, bukan sahaja luka muncul di bahagian wajah dan badannya tetapi wajahnya turut menjadi hitam dan tangan serta kaki turut mengecil selain bahagian perut membesar akibat kena sihir.

”Dekat muka dah jadi hitam, kaki saya mengecil tangan saya pun mengecil, yang besar hanya perut sahaja sebab tu ramai orang kata (Ustaz Kazim) kena sihir puru katak,”’ katanya.

”Jadi, kena sihir daripada katak macam tuan-tuan tengok katak tu macam tu lah kaki katak jadi kecil, tangan katak kecil yang besar hanyalah perut, itulah saya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan mengenai isu gambar yang dimuat naik sebelum ini di mana telah mencetuskan kontroversi ramai.

Gambar tersebut dikatakan sekadar kesan makeup oleh juru solek dan bukan penyakit seperti yang didakwa dialami oleh beliau.

”Takkan saya nak tunjuk benda aurat saya dalam Facebook, benda tu aib pada saya, kebetulan (juru solek) buat pada lengan saya (untuk filem) jadi saya masukkan,” katanya.

Jelas beliau, kesan daripada penyakit tersebut pada bahagian perut dan peha yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

”Takkan saya nak tunjuk keadaan di perut saya, di peha saya, hanya orang yang dekat sahaja yang tahu, anak-anak dan isteri.

”Ini bukan benda tipu cuma saya sorok pada orang, benda yang tak boleh disorok di muka jadi di muka ini penuh dengan foundation,” katanya.

Sumber: FB Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.