Siakap Keli
atlet muay thai
Gambar Via Bernama

Atlet Muay Thai Ahmad Nor Iman Aliff Raih Emas Ke-39 Negara

HANOI, 22 Mei (Bernama) — Atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menampilkan aksi bertenaga untuk meraih pingat emas acara elit bawah 54 kilogram (kg) pada Sukan SEA ke-31 di Gimnasium Bac Ninh dekat sini hari ini.

Kejayaan juara dunia remaja berusia 18 tahun itu sekali gus menyaksikan beliau menyumbang pingat emas ke-39 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.

Ahmad Nor Iman Aliff, yang membuat penampilan sulung di Sukan SEA, menumpaskan peserta tuan rumah Huynh Hoang Phi, 30-27 dalam aksi final hari ini.

Pingat gangsa acara itu milik peserta Filipina Ariel Lee Lampacan dan Sakchai Chamchit dari Thailand.

Sumber: BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story