Siakap Keli
cara dapatkan balik duit
Gambar Hiasan Via Google

“Kena Isi Borang Khas,” Ini Cara Nak Dapatkan Balik Duit Yang Tersalah ‘Transfer’

Ini Cara Dapatkan Balik Duit Yang Tersalah Transfer Ke Bank Orang Lain.

Sentiasa berwaspada, semak butiran terlebih dahulu, ini cara dapatkan balik duit yang tersalah transfer ke bank orang lain.

Dalam keadaan tertentu, kadang kala urusan dalam talian juga boleh memberikan impak buruk kepada pengguna terutama apabila melibatkan privasi dan keselamatan.

Khususnya bagi perbankan internet, ramai yang kini menggunakan kemudahan tersebut kerana ia membolehkan pengguna mengakses sejarah akaun dengan mudah dan dapat melakukan transaksi di mana-mana sahaja.

Kebanyakan bank sememangnya menawarkan aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna mendapat pelbagai manfaat darinya.

Malah, pengguna boleh memindahkan wang ke mana-mana akaun bank dengan cepat.

Bagaimanapun, ada kes-kes terpencil yang memperlihatkan pengguna tersilap memindahkan duit ke nombor akaun yang salah.

Tambah merisaukan, amaun duit yang dipindahkan itu sangat banyak.

Masalah tersebut mungkin akan selesai jika penerima berusaha untuk memulangkan duit kembali, tetapi jika sebaliknya, anda mungkin hanya mampu berputih mata.

Namun, jangan risau kerana sebenarnya terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh anda untuk mendapatkan kembali duit tersebut.

Untuk mengetahuinya, jom ikuti perkongsian pengguna Twitter, @Anissurayaaa di bawah ini.

Kalau tersilap transfer duit dekat orang lain, boleh dapat balik tak duit tu?

CARA DAPATKAN BALIK DUIT YANG TERSALAH TRANSFER KE BANK ORANG LAIN

1. Buat report polis

Pergi balai dan bagitahu nak buat report tersalah transfer duit. Bagi sekali info:

  • Masa transaction
  • Nombor akaun yang salah transfer tu
  • Berapa total duit yang salah transfer tu
  • Info-info lain yang berkaitan

2. Pergi cawangan bank yang korang guna tu

Explain dekat staff bank tu dan mintak untuk dapatkan balik duit tu.

3. Tunggu persetujuan pemilik akaun bank yang korang tersalah transfer tu

Incase kalau dia setuju, dia kena datang ke bank & kena isi borang khas.

Macam mana pulak kalau orang tu taknak pulangkan duit korang?

Satu satunya benda yang korang boleh buat adalah bawak kes ni ke mahkamah.

Kalau duit tu bawah 5K, kena isi borang tuntutan. Kalau lebih 5K, kena guna lawyer.

Biasalah nak dapat balik duit bukannya senang. So make sure check betul betul before transfer duit tu.

Hope dapat membantu sedikit sebanyak kalau ada yang terkena kes macam tu.

Sumber: Anisssurayaaa

Sofea

There's always another side to every story