Siakap Keli
prosedur menunaikan haji kkm
Gambar: BebasNews

Ini Prosedur Menunaikan Haji Seperti Yang Digariskan KKM

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan prosedur menunaikan haji kepada jemaah haji melalui laman Facebook rasmi.

Ibadah Haji merupakan rukun Islam yang terakhir. Ibadah haji akan diakukan setiap tahun pada bulan Zulhijjah (bulan Islam). Namun sejak pandemik  melanda negara, kerajaan terpaksa menghentikan bagi mengekang penularan virus ini.

Justeru apabila kerajaan membenarkan ibadah haji dijalankan kembali, maka ketetapan dan prosedur operasi standard (SOP) telah digariskan sebagai panduan para jemaah.

Memetik perkongsian di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat beberapa saranan yang mungkin boleh dijadikan rujukan dan persediaan bagi jemaah yang terlibat.

Berikut adalah perkongsian di laman Facebook KKM:

Bagi musim haji tahun 1443 Hijrah/ 2022 Masihi, kerajaan Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji dari semua negara setelah dua (2) tahun ia ditangguhkan akibat pendemik COVID-19.

Sebagai langkah pencegahan dan kawalan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, Kerajaan Arab Saudi telah membuat ketetapan menetapkan kepada semua jemaah haji

Pertama, jemaah haji perlu mendapatkan vaksinasi lengkap sebelum berlepas.

Kedua, mengesyorkan pengambilan dos penggalak.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan dos penggalak pertama kepada semua jemaah yang bakal menunaikan ibadah mereka manakala dos penggalak kedua bagi golongan yang berisiko.

Oleh itu, dikongsikan saranan pengambilan dos penggalak kepada bakal Jemaah haji mengikut kumpulan umur dan faktor risiko.

“Jemaah haji yang terlibat boleh mendapatkan dos penggalak dengan hadir secara terus tanpa janji temu (walk-in) di PPV yang masih beroperasi dengan membawa dokumen sokongan berkaitan (seperti bukti surat tawaran menunaikan haji).”tulis KKM.

Gambar: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?