Siakap Keli
Gambar: Zunita Ramli

“Jemaah Haji Jepun Ni Tak Ada…”, Mungkin Ada Yang Tertanya-tanya, Rakyat Malaysia Ini Kongsi Macam Mana Jepun Urus Jemaah Haji

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai rakyat Malaysia, agak mudah untuk kita mengerjakan ibadah haji kerana negara kita ada institusi utama yang mengelolakannya iaitu Lembaga Tabung Haji.

Tapi pernahkah kita terfikir, bagaimana pula dengan negara lain? Adakah mereka juga ada ‘Lembaga Tabung Haji’ sama seperti di Malaysia?

Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun, Zunita Ramli ada berkongsi sedikit info tentang bagaimana umat Islam di negara matahari terbit itu mengerjakan ibadah haji.

Adakah benar wujud ‘Lembaga Tabung Haji Jepun’? Mari ikuti perkongsiannya ini.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana Jepun uruskan permohonan jemaah haji?

Gambar: Zunita Ramli

Kalau di Malaysia, kita ada Lembaga Tabung Haji, tapi di Jepun prosedur haji biasanya diuruskan oleh masjid-masjid Jepun dan antara yang popular adalah syarikat pelancongan seperti H.I.S.

Berbeza dengan jemaah haji Malaysia yang diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji, jemaah haji Jepun ni tak ada subsidi ye. Jadi harga untuk buat haji di Jepun ni agak berbeza dengan di Malaysia iaitu sekitar ¥610,000 – ¥660,000 (RM23k – RM26k) seorang.

Untuk haji, pihak HIS atau masjid juga bertanggungjawab untuk sediakan beberapa siri seminar untuk ajar cara nak mengerjakan haji dan perkara yang berkaitan dengan itu.

Untuk orang bukan Jepun tapi tinggal di Jepun (seperti saya contohnya), juga boleh tunaikan haji dari Jepun. Sebenarnya kalau saya nak mengerjakan haji dari Jepun ni peluang tinggi untuk dapat sebab tak ramai yang mohon, cuma sediakan je lah duit RM26k tu. Hehe.

Di Jepun tak ada sistem giliran sebab permohonan nak pergi haji tak ramai dan ianya diuruskan secara “independent” oleh syarikat yang uruskan Haji.

Menariknya, kerajaan Arab Saudi ada menaja (kuota 20 orang pada 2019) orang Jepun yang baru memeluk Islam dan generasi kedua mualaf Jepun untuk buat Haji secara PERCUMA. Ini untuk menggalakkan mualaf baru untuk mendekati Islam dengan lebih mudah.

Begitulah.

#CatatanZunitaDiJepun

p/s: Special thanks to Kaiji Wada & Tuan Zulkarnain Hasan Basri for some info regarding this topic.

Berikut di bawah adalah foto-foto yang turut dikongsikan Zunita tentang suasana persediaan & ibadah haji warga Jepun di sana.

Gambar: Kaiji Wada/Zunita Ramli
Gambar: Kaiji Wada/Zunita Ramli

Di atas ini adalah seminar persediaan ibadah haji yang dijalankan oleh syarikat pelancongan HIS untuk bakal jemaah haji.

Gambar: Zunita Ramli

“Gambar ini pernah viral dulu. Sekumpulan jemaah haji dari Jepun dilihat bawa plastik sampah dan mengutip sampah di sepanjang perjalanan mereka.

“Hmm. Begitulah yang sepatutnya jika kita benar-benar mengamalkan Islam, kan?” kata Zunita dalam kapsyen gambar tersebut.

Gambar: HIS/Zunita Ramli

Menurut Zunita lagi, bilangan umat Islam di Jepun juga dikatakan berkembang pesat, dipercayai hampir dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Anggaran tersebut dirujuk melalui sumber Tanada Hirofumi dari Waseda University.

Gambar: HIS/Zunita Ramli

Untuk rekod, merujuk data The Economist, bilangan umat Islam di Jepun pada 2010 dahulu hanyalah sekitar 110,000 orang.

Namun menurut rekod terkini pada 2019, bilangan angka tersebut dilapor meningkat ke 230,000 orang, di mana 50,000 daripadanya adalah mualaf Jepun.

Sumber: Zunita Ramli

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'