Siakap Keli
Gambar: Daily Ekpress via Google

KKM Jelas Langkah Bagi Pelancong Yang Baru Pulang Dari Negara Dilanda “Monkeypox”

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan langkah bagi pelancong yang baru pulang dari negara yang dilanda Monkeypox baru-baru ini.

Menerusi sebuah kenyataan di Twitter KKM, tanda-tanda jangkitan monkeypox mirip cacar (smallpox) iaitu demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapular.

“Bagi pengembara yang baru tiba dan mengalami gejala jangkitan monkeypox, mereka dinasihatkan untuk mengikuti langkah yang dikongsikan,” kongsi KKM.

Langkah-langkah yang boleh diambil

Sekiranya dalam tempoh tiga minggu selepas pulang dari negara yang dilanda wabak monkeypox menunjukkan gejala, perlu segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

Seterusnya, maklumkan kepada doktor mengenai sejarah perjalanan dan elakkan daripada berjumpa secara langsung dengan individu lain.

Akhir sekali, lakukan pengasingan diri sekurang-kurangnya 21 hari bagi memastikan ruam makulopapular kering sepenuhnya.

Gambar: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?