Siakap Keli
makhluk asing
Gambar: MYKMU.NET via Google

Mengapa Makhluk Asing Tak Pernah Datang Ke Bumi? Ini Teori & Penjelasan Saintis

Teori mengapa makhluk asing tidak pernah datang ke Bumi? Persoalan ini telah lama bermain-main dalam fikiran para saintis sejak beberapa abad lalu.

Menurut para saintis, mereka mempunyai teori atau hipotesis mengenai sesebuah tamadun maju yang berkemungkinan akan musnah sebelum berpeluang untuk bertemu dengan makluk dari luar angkasa itu.

Teori baru iaitu “Fermi Paradox” menunjukkan bahawa, apabila sesebuah tamadun itu berkembang dalam pembangunan teknologi, mereka akan mencapai krisis di mana tiada lagi inovasi sesuai dengan kajian terhadap luar angkasa.

Akhirnya perkara ini akan hanya membawa kepada “keruntuhan” kepada sesebuah tamadun itu, seperti yang dijelaskan dalam artikel terbitan MSN News baru-baru ini.

Menurut Jurnal Royal Society Open Science, langkah penyelesaian diambil dengan menggunakan kaedah Fermi Paradox. Teori ini telah menarik perhatian kepada percanggahan antara usia dan jarak antara alam semesta yang tiada batas.

Pada dasarnya, seharusnya alam semesta dipenuhi dengan kehidupan mahluk asing yang maju. Namun, masih terdapat kekurangan bukti di mana mahluk itu wujud di luar angkasa setakat ini.

Walau bagaimanapun, para penyelidik kajian-kajian baru mengatakan bahawa mereka mungkin mempunyai jawapannya.

Gambar: MSN News

Menurut ahli astrobiologi dari Institusi Sains Carnegie, Michael Wong dan Stuart Bartlet, dari Institut Teknologi California berkata, “Tamadun sama ada runtuh akibat “keletihan” atau mengutamakan homeostasis, di mana pengembangan kosmo tidak lagi menjadi matlamat utama.

“Ia menjadikannya sukar untuk dikesan dari jauh,” kata mereka dalam kajian tersebut, memetik laporan MSN.

Bagaimanapun, para saintis menegaskan bahawa pendapat mereka hanyalah hipotesis semata-mata yang  diambil daripada pemerhatian semasa.

Tambahan pula, mereka juga tidak pernah membuat sebarang hubungan komunikasi secara langsung dengan makhluk luar angkasa itu.

Hal ini termasuklah dengan satu teori yang pernah dikemukakan; bahawa mahluk asing pernah sampai ke Bumi secara rahsia ataupun telah lama tiba di Bumi serta manusia terlalu awal dalam kehidupan alam semesta.

Sementara itu, satu hipotesis lain yang diterbitkan oleh The Astrophysics Journal mengatakan, satu isyarat yang dihantar dari tamadun maju ke satu peradaban lain mungkin mengambil masa selama 400,000 tahun untuk diterima.

Walau bagaimanapun, tempoh masa itu juga jelas melebihi tempoh kajian yang dilakukan oleh manusia dalam mengkaji angkasa lepas. Jadi, jika difikirkan secara logik, tidak hairan mengapa mahluk asing tidak pernah menemui manusia di bumi.

Sumber: MSN News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?