Siakap Keli
tangmo buat live
Gambar: Facebook Melon Patcharaveerapong

“Saya Dalam Perjalanan Pulang..”, Pelik, Tangmo Buat ‘Live’ Mahu Buktikan Kebenaran Sebenar?

Aktres terkenal Thailand, Tangmo Nida dikatakan muncul kembali dan buat Live di Facebook, adakah ‘dia’ mahu sampaikan sesuatu?

Sememangnya menjadi misteri di mana sejak dua hari lepas, Facebook selebriti terkenal Thailand, Nida ‘Tangmo’ Patcharaveerapong yang meninggal dunia beberapa bulan lalu kembali aktif semula baru-baru ini.

Sejak dari itu, Facebooknya terus menerus memuat naik beberapa kenyataan yang dikatakan perkara sebenar yang terjadi sewaktu malam kejadian, merujuk situasi dirinya jatuh ke dalam sungai pada 24 Februari lalu.

Malah lebih mengejutkan, kali ini seorang wanita dipercayai memiliki wajah seiras Tangmo bersiaran secara langsung (Live) di Facebook tersebut dan menyatakan bahawa dia akan ‘pulang’ ke rumah tidak lama lagi.

Video siaran langsung tersebut didapati bersiaran selama lapan jam lamanya. Agak panjang kenyataan yang disampaikannya dalam video itu, namun ada satu kenyataan pendek di ruangan komentar amat memeranjatkan.

“Saya dalam perjalanan pulang tidak lama lagi,” tulisnya pendek di ruangan komentar video tersebut. Dalam pada itu, ada satu lagi kenyataan lain yang ditulis sebagai kapsyen bagi satu video ketika dirinya berada di atas bot.

“Mo (Tangmo) tidak mati malah terjatuh di depan bot. Kami meminta rakan baik kami untuk memberitahu perkara sebenar. Sebab kawan-kawan baik sudah tengok video call lepas perkara itu viral. Kami tak mahu kawan baik kami berbohong lagi. Katakan kebenaran sahabat,” tulisnya.

Video terkini pengebumian?

Terbaharu, satu video secara langsung dimuat naik di Facebook hari ini yang menunjukkan mayat Tangmo dibawa semula. Dalam video itu menunjukkan sebuah keranda diusung masuk ke dalam sebuah van.

Sudahlah akaun Facebook miliknya kembali aktif, tiba-tiba ‘dirinya’ muncul secara langsung bersiaran selama beberapa jam untuk menyampaikan kenyataan. Terkini, video sidang media pula disiarkan.

Perkara ini semakin membuatkan orang ramai tertanya-tanya kesahihan di sebalik misteri kematian Tangmo Nida, sama ada dia masih hidup atau telah meninggal dunia. Jika betul sudah mati, siapa pula yang ‘Live’ malam tadi?

Siapa pula yang menulis kenyataan-kenyataan berbaur ‘klu’ terhadap kes kematiannya? Malah betulkah yang mati itu bukan Tangmo? Tida mustahil, pasti ada banyak lagi rahsia di sebalik misteri kematiannya yang belum dirungkai.

Laporan Polis Tentang Kematian Tangmo 

Imbas kembali, dalam salah satu laporan terdahulu, Polis Wilayah 1 Bangkok memaklumkan bahawa bahawa lima rakan dan seorang lelaki yang berada di dalam bot bersama Tangmo pada hari kejadian menghadapi beberapa pertuduhan.

Dalam laporan itu, kesemua mereka didapati berbohong kepada pihak polis serta menyembunyikan bukti.  Pihak polis juga menjelaskan bahawa kematian Tangmo bukan disebabkan oleh pembunuhan yang dirancang tetapi  kerana kemalangan.

Tangmo Nida disahkan telah meninggal dunia selepas terjatuh di Sungai Chao Phraya. Hasil siasatan, mayatnya berjaya ditemui tidak lama selepas itu. Namun apa yang bakal terjadi selepas ini, ia masih kekal misteri.

Sumber: Happy Melon Patcharaveerapong

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?