Siakap Keli
minta ibu membuang ayahnya

Bimbang Ayah Kahwin Lagi, Adik Ni Minta Ibu Buang Ayahnya Dalam Tong Sampah

Sebuah rakaman video mula tular di media sosial negara jiran, Indonesia apabila seorang kanak-kanak perempuan meminta ibu untuk membuang ayahnya ke tempat pembuangan sampah dek kerana bimbang ayahnya akan berkahwin lain.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @anakmamipintar menunjukkan kanak-kanak itu membuat permintaan tersebut setelah mengetahui terdapat wanita cantik di tempat kerja ayahnya.

Minta ibu buang ayah ke tempat sampah

Video yang berdurasi 37 saat itu penuh dengan emosi apabila gadis cilik yang dikenali sebagai Queenza menangis saat menyampaikan permintaan ‘tulus’ tersebut kepada ibunya.

“Mami buang sahaja suami mami, kerana dia bersama wanita cantik. Mama buang Abi ke tempat sampah,” merengek anaknya sambil menngelap air mata.

Difahamkan, anak ini tidak mahu ayahnya bekerja dengan wanita cantik kerana risau ayahnya akan menikah dengan rakan sekerjanya.

@anakmamipintar

Anak perempuan lebih sensitif #fypシ #masukberanda #bayigemes #bayiketawa #bayitiktok

♬ Hati Yang Kau Sakiti – Rossa

Mungkin inilah yang dikatakan anak perempuan merupakan cinta pertama untuk lelaki yang bergelar ayah. Ya, tidak dinafikan rata-rata anak perempuan lebih rapat dengan si ayah tidak kira semasa kecil atau ketika sudah dewasa.

Tidak dinafikan, rakaman video ini mendapat perhatian warganet di ruangan komen. Rata-rata merasa terhibur dengan gelagat manja anak kecil ini yang risau tentang ayahnya. Ada juga yang mendakwa kemungkinan adik comel ini terkesan dengan drama di televisyen.

“Kalau saya Mami awak itu risau termakan cakap adik…”

minta ibu membuang ayahnya

“Siapa ulang 10 kali…”

minta ibu membuang ayahnya

“Sepupu aku pun sama, dulu dia tengok gambar lama mak dia waktu mudah, dia menangis cakap ayah dia ada isteri baru”

“Belum masanya untuk berfikir sebegitu”

minta ibu buang ayah

Sumber: anakmamipintar

Baca juga:Buat Adik Menangis, Gelagat Si Kakak ‘Auto’ Tarik Sejadah & Solat, “Cover Line” Takut Kena Marah Bikin Ramai Terhibur

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang