Siakap Keli
deman panas dan batuk
Foto: FB Bob Zackariyya

Demam Panas & Batuk Tak Kebah, Ayah Sebak Anak ‘Pergi’ Sekelip Mata Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sedih rasanya apabila mendengar luahan seorang bapa yang telah kehilangan anaknya dalam sekelip mata. Siapa sangka permata hati yang dinanti-nantikan ini akhirnya ‘pergi’ buat selamanya.

Emosi pilu, sebak bercampur -baur apabila membaca luahan ayah ini yang kehilangan anak tunggalnya secara mengejut. Tambah memilukan, Muhammad Nurfaiq Danish atau lebih mesra dengan panggilan Faiq meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Demam panas dan batuk tidak kebah

Menurut Bob Zackariyya, anaknya sudah demam dan batuk sejak seminggu yang lalu. Sudah beberapa kali ulang alik ke hospital tetapi ketika itu keadaan nadinya masih pada tahap yang normal.

Foto: Bob Zackariyya

Jelasnya, doktor meminta untuk membawa permata hati mereka sekali ke hospital pada Isnin untuk mengambil darah, namun perancangan Allah lebih baik, anaknya dijemput Illahi sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

Bagaimanapun, kata ayahnya punca kematian masih belum diketahui kerana masih menunggu keputusan darah.

Ibarat penyeri dalam rumah sudah tidak ada

“Ibarat penyeri dalam rumah sudah tidak ada suara budak. Tidak ada orang yang kita nak main. Dia anak yang pertama dan tunggal sebab itu rasa terkesan sangat-sangat,” ujar ayahnya dalam keadaan sebak.

deman panas dan batuk
Foto: Bob Zackariyya

“Arwah pergi sebagai anak Syurga”

Terima kasih atas kenangan 2 tahun 3 bulan. Walaupun hanya seketika tetapi ibu dan ayah anak syurga ini rasa seperti rasa sungguh lama bersamanya.

deman panas dan batuk
Foto: Bob Zackariyya

“Tiada apa dapat diucapkan melainkan jutaan terima kasih kerana mendoakan arwah anak saya Muhammad Nurfaiq Danish dan ucapan semangat untuk kami sekeluarga agar terus kuat lalui hari-hari tanpa satunya si penyeri kami di sisi.”

“Sesungguhnya perancangan Allah itu maha indah, arwah pergi sebagai anak Syurga bukan sebagai anak soleh yang kami impikan. In shaa allah kami akan kuatkan hati untuk menerima takdir yang Esa.

“Pasti arwah sedang tersenyum gembira melihat ramai orang sayang dan mendoakannya,” ujarnya si ayah yang menahan rindu pada anak syurganya.

Sumber: Bob Zackariyya

Baca juga: Matahari Tegak Atas Kaabah Petang 28 Mei Ini, Orang Ramai Boleh Semak Arah Kiblat Di Rumah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang