Siakap Keli
ustaz ebit lew
Gambar: Facebook Ebit Lew

Tiada Kerakyatan, Ustaz Ebit Lew Bantu Adik Suki Yang Yatim Piatu

Pendakwah bebas yang disegani, Ustaz Ebit Lew menghulurkan bantuan kepada Adik Suki yang juga seorang anak yatim piatu semalam.

Mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada kedua ibu bapa adalah anugerah terindah bagi setiap anak-anak. Tidak semua mereka di luar sana bertuah dan pernah merasai perasaan itu walaupun sesetengah mereka masih mempunyai ibu bapa.

Diberikan makanan, didikan yang sempurna dan mendapat barangan yang dimahukan semestinya impian setiap anak-anak. Namun pernahkah kita menyelami seketika perasaan anak-anak yang sudah kematian ibu-bapanya.

Sulit untuk diperkatakan, untuk mereka meneruskan hidup seorang diri di dunia yang penuh pancaroba ini. Itulah nasib yang sedang dialami oleh Adik Wong Pei Yee yang lebih mesra dipanggil Suki.

Tidak sanggup untuk melihat penderitaan yang dialami oleh anak yatim piatu itu, Ustaz Ebit Lew telah turun padang berkunjung sendiri melihat perkembangan Adik Suki.

Menerusi laman Facebook rasmi Ustaz Ebit lew, menyiarkan pertemuan dengan permata kecil itu semalam. Untuk itu, mari kita selami kisah yang dikongsikan oleh beliau. Semoga menjadi pembakar semangat kepada kita semua.

Ustaz Ebit Lew bantu kelengkapan belajar Suki

Gambar: Facebook Ebit Lew

Adik nak sekolah? Nak sangat uncle. Saya nak jadi Polis. Sekarang saya belajar mewarna dan jaga ayah sahaja. Saya tiada kawan. Dulu ada seorang dah pindah. Sekarang jaga ayah dan bermain seorang diri jerlah. Sedih dengar bila tiada kawan-kawan dan tidak sekolah.

Sebak sangat rasa tadi melawat adik Wong Pei Yee dipanggil suki berumur 10 tahun. Anak yatim yang baru kehilangan ibunya dan ayahnya strok. Tak bersekolah kerana tiada kerakyatan kerana dulu masa lahir tak daftar semuanya.

Ayahnya chinese warganegara Malaysia dan mendiang ibunya orang vietnam. Adik ni banyak membantu ayahnya. Adik ni baik dan sangat berbudi bahasa.

Bila bawa naik kereta. Katanya dah lama tak naik kereta. Dia gugup sedikit. Dia Pasaraya pun katanya besar tak pernah sampai sini. Naik escalator dan lif juga takut-takut. Ulang kali dia cakap terima kasih uncle.

Katanya terlalu happy tak pernah rasa macam ni. Adik ni boleh bertutur mandarin dan melayu. Tak boleh menulis dan membaca.

Saya bawa beli pakaian,mainan dan kelengkapan sekolah. Saya daftarkan dulu Suki ke Pusat Tusyen supaya boleh belajar menulis dan mengira. Subjek English, BM dan Matematik.

Syukur ada beberapa ngo dan individu membantu untuk menguruskan dengan JPN. Kami pun akan cuba membantu. Harap semuanya dimudahkan. Semoga adik ni boleh belajar macam anak lain.

Sedikit pecerahan, Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew merupakan seorang sosok pendakwah bebas yang sudah tidak asing lagi. Beliau terkenal dengan misi bantuannya yang sering dihulurkan sama ada dalam negara mahupun secara global.

Gambar: Facebook Ebit Lew
Gambar: Facebook Ebit Lew
Gambar: Facebook Ebit Lew
Gambar: Facebook Ebit Lew

Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?