Siakap Keli
ustaz kazim elias
Gambar: AWANI

Ustaz Kazim Elias Dakwa Pernah Derita Sebulan Tak Dapat Kencing, Perut Keluar Jarum Ketika Mandi

Pendakwah bebas terkenal tanah air, Ustaz Kazim Elias dakwa dirinya pernah menderita tidak dapat kencing selama sebulan dan jarum keluar dari badan ketika mandi.

Memetik laporan AWANI pada semalam, pendakwah tersebut diuji dengan pelbagai penyakit pelik yang masih belum ditemui ‘jalan keluarnya’ sehingga kini.

“Bila saya tak boleh buang air kecil sebulan. Saya menggelupur sakit. Doktor tebuk pinggang saya untuk keluarkan air kencing. Tapi saya teruskan berdakwah.

“Bila buat pembedahan, doktor dapati ada satu benda putih sangkut di saluran air kencing saya. Doktor cadangkan tarik keluar melalui saluran kencing.

“Selepas dua hari, doktor bagi penerangan, masa nak tarik benda itu makin lari makin ke atas dan hilang. Allahualam,” kata Ustaz Kazim, memetik AWANI.

Selain tidak dapat kencing, beliau juga mendakwa wajahnya mengalami masalah kulit yang teruk sehingga terpaksa ‘menutupnya’ dengan bahan foundation yang tebal.

“Sekarang bila nak keluar rumah saya terpaksa pakai foundation, solek tebal nak tutup muka saya. Menyebabkan saya tertekan.

“Saya dah pakai face mask bertahun, sebab nak cover muka saya. Kadang-kadang pakai serban tutup muka nampak mata je sebab tak larat nak solek. Lama-lama jadikan saya malu nak jumpa orang.

“Kemudian saya berubat, jumpa pakar dan pengamal perubatan tapi Allah belum izinkan.

“Sebab itu saya kata tolong bantu saya. Lima pembedahan saya dah buat, empat MRI dah buat untuk semak penyakit saya. Saya tak perlukan simpati, ia tak dapat membantu saya pun,” katanya.

Amal beberapa amalan khusus sebagai ikhtiar

Sementara itu, meskipun diuji dengan penyakit misteri tersebut, beliau tetap mengamalkan beberapa amalan khusus sebagai jalan ikhtiar.

Justeru seperti yang dilaporkan AWANI, Ustaz Kazim turut berkongsi amalan yang dilakukannya setiap hari bagi melindungi diri daripada sihir.

“Selepas sembahyang, saya tak pernah tinggal ayat Kursi dan surah Hud ayat 56 di samping saya buat amalan mandian saya. Itu banyak bantu saya untuk bertahan.

“Benda paling menakjubkan waktu Maghrib, selepas keluar hospital. Saya mandi air ramuan saya buat tadi keluar jarum dari perut saya.

“Saya simpan sampai sekarang. Tapi orang tak percaya, itulah sihir. Benda yang menyalahi adat dan kebiasaan kita.

“Cita-cita saya nak mati dalam dakwah, kalau sakit saya sebab saya mati, saya reda,” jelasnya lagi.

Ustaz Kazim menceritakan keadaan dirinya yang terkena gangguan sihir tersebut dalam satu rancangan temu bual MeleTOP yang bersiaran di kaca televisyen baru-baru ini.

Difahamkan, dalam temu bual tersebut, Ustaz Kazim menyatakan bahawa apa yang dialaminya selama ini adalah perkara realiti dan bukan sekadar gimik tertentu untuk mempromosikan produk.

Imbas kembali, Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Ustaz Kazim Elias ialah Datuk Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias merupakan pendakwah bebas yang aktif menyampaikan ceramah agama di negara ini.

Selain memiliki sebuah pusat pengajian tahfiz al-Quran di bawah kelolaannya, beliau juga turut berkecimpung dalam industri media penyiaran sebagai panel agama dalam rancangan Tanyalah Ustaz dan Halaqah.

*Kenyataan Ustaz Kazim yang lebih terperinci dalam temu bual tersebut boleh dibaca dalam laporan penuh AWANI seperti pautan di bawah.

Sumber: AWANI

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?