Siakap Keli
jepun kostum anjing
Gambar: zeppetJP

Kemaruk Nak Jadi Haiwan, Lelaki Habiskan RM 68,000 Tempah Kostum Anjing

Seorang lelaki di Jepun dilapor menghabiskan sebanyak USD 15,600 (RM 68,750) semata-mata untuk memenuhi impiannya untuk ‘bertukar’ menjadi haiwan empat kaki, anjing.

Menurut laporan Insider, lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Toco membelanjakan amaun berkenaan bagi menghasilkan kostum anjing jenis border collie.

Lelaki berkenaan dilaporkan turut berkongsi keterujaan baharu itu melalui laman twitternya. Video yang dikongsikan oleh lelaki itu dilaporkan berjaya meraih lebih 1 juta tontonan dalam masa yang singkat. Melalui video berkenaan, beliau memperagakan aksi persis seekor anjing dengan borgolek-golek diatas lantai dan menayangkan cakarnya.

Taco juga mempunyai saluran Youtube dan dia memanfaatkan platform tersebut sepenuhnya untuk berkongsi impiannya yang mahu menjadi haiwan.

Dalam satu video yang dimuat naik, dia turut menyelitkan kapsyen yang berbunyi ‘“Saya mahu menjadi haiwan dan saya memilihi untuk menjadi seekor border collie”.

Antara video-video yang dimuat naik adalah video pengenalan Toco sebagai border collie, aksi Toco menikmati makanan sebagai seekor anjing serta cubaan Toco bermain ping pong sambil mengenakan kostum berkenaan.

Terdahulu, syarikat yang mereka dan menghasilkan kostum berkenaan, Zeppet turut berkongsi perincian berkenaan kostum milik Toco itu di laman webnya.

Bagi memenuhi permintaan Toco, Zeppet berkata mereka menghasilkan kostum tersebut semirip yang mungkin dengan border collie dengan wajah dan bulu yang sangat realistik.

Syarikat berkenaan turut berkongsi beberapa keping foto kostum berkenaan yang diambil daripada pelbagai sudut bagi memperlihatkan keunikkan rekaan dengan lebih jelas.

Zeppet merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan mereka dan menghasilkan kostum untuk pelbagai syarikat produksi yang menghasilkan rancangan televisyen dan filem.

BACA: Nak Tarik Pekerja Dari Malaysia, Restoran Di Singapura Tawar Gaji Cuci Pinggan Sehingga RM 11000 Sebulan

Sumber: Insider

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.