Siakap Keli
Lim Joon Hyuk meninggal dunia

Pelawak Terkenal Korea, Lim Joon Hyuk Meninggal Dunia

Pelawak terkenal Korea, Lim Joon Hyuk dilaporkan meninggal dunia semalam pada usia 42 tahun.

Memetik laporan Soompi, Lim Joon Hyuk ditemui maut di kediamannya pada malam 27 Mei, akibat serangan jantung.

Difahamkan, pelakon ini memulakan kerjaya sebagai pelawak pada tahun 2003. Beliau muncul dalam pelbagai program komedi termasuklah “People Looking for a Laugh” dan “Gag Concert”.

Dia juga muncul dalam rancangan televisyen “I Can See Your Voice 5” pada 2008 kerana mempamerkan bakat nyanyiannya sambil menirul gaya penyanyi terkenal.

Pengebumian mendiang dijangka akan diadakan pada 30 Mei, jam 8 pagi.

Sumber: Soompi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang