Siakap Keli
Aripah Damanhuri
Gambar: Fais Al-Hajari/Aripah Damanhuri

Pelakon Veteran, Aripah Damanhuri Meninggal Dunia

Pelakon veteran, Aripah Damanhuri dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi ini.

Berita pemergian pelakon itu telah dimaklumkan sendiri oleh anak lelakinya, Fais Al-Hajari di Facebook sebentar tadi.

Menurutnya, ibunya telah meninggal dunia pada jam 8.15 pagi.

“Mak akhirnya pergi juga. Bagi sesiapa yang mengenali mak, dukacita dimaklumkan mak baru sahaja meninggal dunia jam 8.15 pagi tadi di Wad 23 HKL.

“Pohon sedekahkan doa kepada mak. Kalau mak ada apa-apa hutang yang belum langsai, hubungilah saya,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Aripah telah ditidurkan di unit kecemasan HKL pada 23 April lalu selepas disyaki menghidap jangkitan kuman dalam paru-paru.

https://www.facebook.com/fais.alhajari/posts/pfbid0LtsNi6Ev8KnTeV8qBD4ZKnYnTy9f9h9twcYY5JRXh9a1AjbuQThPiq68BbGXZNqMl

Sumber: Fais Al-Hajari

BACA: Beli Mahal-Mahal Tapi Rosak, Ini Pantang Larang Kena Jaga Bila Tanam Orkid Kat Rumah

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.