Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Bernama)

Usah Kecewa SPM ‘Cukup Makan’, Anda Boleh Masuk Uni Dengan Cara Ni, Siap Ada Yang Berjaya Sambung ‘Oversea’

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru sahaja diumumkan. Ada yang mencapai keputusan cemerlang, ada yang cukup makan dan ada juga yang kecewa tidak menepati sasaran.

Sebagai ibu bapa, pasti bangga dengan keputusan cemerlang si anak, namun usah kecewa jika anak anda tidak mendapat keputusan yang diimpikan.

Biarpun keputusan SPM anak cukup makan, usaha keras mereka tak patut diketepikan. Ibu bapa tetap perlu berbangga dan menghargai usaha mereka yang telah bekerja keras dalam pelajaran.

Malah, anda sebenarnya ada cara lain untuk merealisasikan impian mereka dengan haluan berbeza.

Kemampuan, bakat dan kecenderungan anak-anak sebenarnya mampu membuahkan kejayaan sekiranya mendapat galakan serta sokongan daripada orang tua.

Misalnya, jangan cepat melatah kalau anak-anak anda suka meluangkan masa di bengkel-bengkel motor atau kereta. Mungkin minat mereka dalam bidang automotif lah yang menjadikan mereka usahawan atau jurutera berjaya pada masa hadapan sepertimana pengasas Honda yang bermula dengan minat bekerja di bengkel kereta pada usia 15 tahun lagi.

Tak mustahil juga anak yang minat kulinari bakal menjadi chef terkenal suatu hari nanti jika diberikan sokongan yang betul.

Malah, Sofian atau Sofyank96 telah membuktikan bahawa hobi boleh menjadi titik permulaan kejayaan seseorang. Bukan sahaja terkenal di Malaysia, bahkan bakat pemuda ini dalam mengedit video kesan khas itu turut diiktiraf penyunting video terkenal antarabangsa, Zach King.

Pada usia yang muda, Sofian telah mengharumkan nama Malaysia apabila diberi peluang berkolaborasi dengan selebriti tersebut menghasilkan video bersama.

Setiap orang diberi bakat dan rezeki berbeza.

Dengan adanya pelbagai institut kemahiran di dalam negara, anak-anak tetap boleh mengejar impian dalam bidang pilihan mereka.

Sebagai contoh, satu-satunya anak Malaysia dalam projek pembangunan roket Aquilo di Belanda, saudara Yusuf Yusri. Beliau yang merupakan pelajar kejuruteraan aeronautik di sebuah universiti di Belanda merupakan salah seorang lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) yang berjaya.

Tambahan pula, graduan berkemahiran tinggi kini boleh dikatakan mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran kerjaya berbanding mereka yang hanya mempunyai CGPA tinggi semata-mata.

Malah, ramai antara mereka yang berjaya membuka syarikat sendiri menggunakan kemahiran yang ada seperti pendawaian, penghasilan filem atau animasi digital, jahitan dan sebagainya.

Jadi, jika anak anda menunjukkan minat dalam bidang kemahiran, berikanlah galakan dan sokongan sepatutnya. Ada banyak institusi awam yang menawarkan kursus kemahiran antaranya Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Akademi Kemahiran KEMAS, Institut Kemahiran Tinggi PERDA, Giatmara dan banyak lagi.

Anda juga boleh menghantar anak ke UniKL atau German-Malaysian Institute (GMI) bagi mendalami bidang kemahiran untuk menjadi teknokrat berkualiti.

Oh ya, jangan ketinggalan bawa anak anda sertai Ekspo Institusi Pendidikan [email protected] 2022 di Dataran Amanjaya Mall, Sg Petani, Kedah bermula 23 Jun nanti. Banyak maklumat mereka boleh dapat untuk tentukan hala tuju lepas SPM ni.

Untuk maklumat lanjut, layari https://ekspotvet.rurallink.gov.my/

Ingat, setiap anak mempunyai keistimewaan dan potensi sendiri. Sebaliknya ambillah masa untuk duduk berbincang ke mana hala tuju mereka mengikut bakat, minat dan kemampuan masing-masing.

#PilihanKemahiranAnda
#[email protected]
#SayaBudakTVET
#KPLB

Amira

Love yourself.

" "