Siakap Keli
buah kelapa gugur atas kepala
Gambar: TikTok friendsofpenangkini

Pembonceng Motosikal ‘Tergolek’, Buah Kelapa Gugur Atas Kepala Tiba-tiba

Seorang pembonceng motosikal terjatuh dan ‘tergolek’ di jalan raya selepas sebiji buah kelapa gugur tepat ke atas kepala secara tiba-tiba tanpa diduga.

Berdasarkan rakaman tular tersebut, kejadian malang itu berlaku selepas individu berkenaan melalui kawasan di bawah pokok kelapa yang berada di tepi jalan.

Difahamkan, ketika melalui bawah pokok berkenaan, secara tiba-tiba buah kelapa itu jatuh tepat mengenai helmet yang dipakai mangsa yang membonceng di belakang.

Akibatnya, helmet berkenaan tertanggal, manakala mangsa pula terjatuh dan sedikit terguling di atas jalan raya sejurus kejadian mengejutkan itu.

Video kejadian itu sempat dirakam menerusi sebuah kamera dashcam milik sebuah kenderaan yang mengikuti motosikal berkenaan dari belakang dengan jarak yang selamat.

Rakaman tersebut dimuat naik di laman media sosial Penang Kini sebelum tular dan meraih perhatian ramai. Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian tidak dikenal pasti.

@friendsofpenangkini

nasib tak baik

♬ suara asli – Lagu Baper ID – Lagu Baper ID

Diharapkan, mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius akibat hentakan daripada buah kelapa tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai perlu sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dengan memakai topi keledar semasa menunggang mahupun membonceng.

Dalam masa sama, mana-mana penunggang atau pembonceng motosikal juga dinasihatkan supaya berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

Hal ini adalah bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kerana malang itu sifatnya tidak berbau.

Sumber: TikTok friendsofpenangkini

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?