Siakap Keli
wanita makan hamster
Gambar: Mirror

Terdesak Punya Pasal, Wanita Nekad Makan Hamster Milik Anaknya Demi Dadah

Seorang wanita telah ditahan pihak polis kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap haiwan selepas rakaman video yang memaparkannya sedang memakan seekor hamster tular di media sosial.

Memetik laporan Mirror UK, video yang dimuat naik di Facebook itu juga menunjukkan hamster tersebut dimakan sebagai pertukaran untuk mendapatkan dadah jenis kokain.

Difahamkan hamster tersebut merupakan haiwan peliharaan anak perempuannya.

Menerusi video itu, dia dipercayai telah membunuh haiwan tersebut terlebih dahulu dan seterusnya memakan hamster terbabit sambil memegang botol air.

Sementara itu, pihak Polis Lincolnshire mengesahkan wanita tersebut telah ditahan pada Khamis lalu sebagai sebahagian daripada siasatan RSPCA.

Difahamkan bahawa wanita itu telah dibebaskan, namun polis masih lagi giat menjalankan siasatan berkenaan kes tersebut.

“Kami telah menahan seorang wanita berusia 39 tahun kerana disyaki melakukan kekejaman terhadap haiwan berikutan video yang menyaksikannya sedang memakan seekor hamster tular.

“Wanita itu telah ditahan oleh pegawai kami semalam (23 Jun) berikutan siasatan yang diketuai oleh RSPCA.

“Dia telah dibebaskan dan kami akan terus menyokong RSPCA dalam siasatan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap RSPCA mengalakkan sesiapa yang menjumpai video negeri itu di media sosial untuk melaporkannya kepada platform masing-masing.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi video tersebut.

“Ia video yang sangat mengerikan dan kami ingin meyakinkan orang ramai bahawa kami sedang menyiasat dan bekerja rapat dengan polis,” katanya.

“Jika anda nampak video ini, laporkan segera kepada platform sosial media secepat mungkin.

“Mohon jangan kongsi atau komen video itu kerana ia mungkin akan dapat membuatkan ramai orang jadi tidak senang apabila menonton video tersebut.”

Sumber: MirrorĀ 

Sofea

There's always another side to every story