Siakap Keli
doktor tersilap keluarkan mata
Gambar: Daily Star

Lelaki Dilapor Buta, Doktor Dipercayai Tersilap Keluarkan Mata Yang Sihat Sewaktu Pembedahan

SLOVAKIA – Seorang lelaki dilaporkan buta selepas doktor bedah dipercayai tersilap keluarkan mata yang sihat sewaktu pembedahan.

Menurut Daily Star, lelaki yang merupakan pesakit di sebuah hospital besar di Slovakia itu sepatutnya menjalani pembedahan pada mata yang rosak, namun kesilapan doktor itu telah memberikan kesan yang buruk pada dirinya serta keluarga.

Ekoran itu, pihak hospital telah menawarkan rawatan psikologi kepada mangsa dan keluarganya untuk menghadapi situasi ngeri itu.

Menurut agensi berita TASR Slovakia, jurucakap Hospital Universiti Bratislava berkata doktor tersebut tidak lagi dibenarkan berjumpa dan merawat mana-mana pesakit.

Pihak berkuasa penyeliaan kesihatan Slovakia kini telah melancarkan siasatan berkenaan bagaimana kesilapan ngeri itu boleh berlaku.

Difahamkan, kes-kes yang melibatkan kesilapan doktor seperti insiden ini juga pernah berlaku di UK.

Berdasarkan data dari tahun 2019, dalam tempoh 14 bulan,  seramai 621 pesakit telah mengalami musibah akibat kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh doktor.

Menurut data yang diperoleh agensi berita, jumlah tersebut bersamaan dengan sembilan pesakit setiap minggu.

Angka tersebut meliputi kesilapan doktor yang telah melakukan pembedahan terhadap bahagian yang salah mahupun meninggalkan alatan pembedahan seperti sarung tangan, salur dada dan mata gerudi dalam pesakit berkali-kali.

Antara kesalahan yang pernah dilakukan adalah seperti, doktor telah memotong jari kaki pesakit yang salah dan  membuang bahagian kolon yang salah.

Sumber: Daily Star

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurfatihah Shahirah Azzuddin