Siakap Keli
thailand pinjaman bank durian
Gambar: MICHELIN Guide

Thailand Benarkan Rakyat Buat Pinjaman Bank Guna Durian

Kerajaan Thailand dilapor membenarkan rakyatnya membuat pinjaman bank menggunakan buah durian, lapor The Nation Thailand.

Menurut akhbar berita itu, Dasar Pokok-Untuk-Pinjaman sebagai cagaran bank telah menampakkan hasil yang memberangsangkan.

Antara pokok yang diterima sebagai pertukaran termasuklah durian, jati, asam jawa, kayu hitam, kayu hitam Burma dan nangka.

Perkara ini membuatkan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha menggalakkan penduduknya untuk menanam lebih banyak pokok berkenaan.

Timbalan Jurucakap Kerajaan, Ratchada Thanadirek berkata, “Dasar dari Jabatan Pembangunan Perniagaan itu telah memimpin masyarakat luar bandar dalam perusahaan mengenai faedah menanam pokok yang bernilai.

“Tambahan lagi, ia terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan membuat semakin ramai penduduk yang menunjukkan minat terhadap dasar itu,” kata Ratchada.

Beliau turut menjelaskan bahawa skim penanaman pokok itu adalah sebahagian daripada cetusan idea Prayut bagi meningkatkan kawasan hijau di Thailand.

Malah tidak kurang juga, dasar tersebut juga turut memudahkan penduduk kampung untuk membuat pinjaman daripada bank.

Sementara itu, setakat 20 Mei lalu, sebanyak 146,000 buah pokok telah didaftarkan sebagai cagaran untuk pinjaman wang yang bernilai RM17 juta.

Daripada jumlah itu, 318 pokok telah berdaftar dengan bank di bawah Koperasi Pertanian dengan pinjaman bernilai lebih RM 373,000.

Manakala 23,000 pokok lagi pula berdaftar dengan Krung Thai Bank yang bernilai RM15 juta, serta 120,000 pokok di bawah organisasi kecil sebanyak RM746,000.

“Perdana menteri bukan sahaja mementingkan penanaman pokok berharga untuk menjadikan ‘negara hijau’, malah sebagai cagaran untuk pinjaman,” kata Ratchada.

Sumber: The Nation Thailand

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?