Siakap Keli
Sumber: CEN

Budak 4 Tahun Maut, Mak Ayah Ziarah Kematian Saudara Terlupa Tinggal Anak Dalam Kereta

Seorang budak perempuan berusia empat tahun dilaporkan maut akibat ditinggalkan di dalam kereta oleh ibu bapanya yang menghadiri upacara berkabung kematian saudara, dalam kejadian yang berlaku di Iran. Mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat tekanan melampau, kekurangan oksigen di dalam kenderaan selain suhu tinggi dalam kereta mencecah 76 darjah celcius.

Menurut laporan, ketika kejadian mangsa yang sedang tidur ditinggalkan oleh ibu bapanya dalam kenderaan yang dikunci sebelum menghadiri majlis pengebumian tersebut. Kedua-duanya dikatakan terlupa dengan keberadaan mangsa di dalam kenderaan.

Metro UK dalam laporannya berkata, suhu diluar kenderaan ketika itu dilaporkan mencecah 49 darjah celcius, menjadikan suhu dalam kenderaan dianggarkan meningkat kepada 76 darjah celcius.

Apabila kedua-dua ibu bapanya menyedari bahawa mangsa ditinggalkan dalam kenderaan, mereka bergegas untuk mendapatkannya bagaimanapun sudah terlambat. Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan petugas kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dan suhu panas. 

Ibu bapa mangsa dikatakan mengambil keputusan untuk meninggalkan mangsa tidur dalam kenderaan kerana tidak mahu merumitkan keadaan memandangkan mereka ketika itu hadir ke majlis pengebumian saudara.

Kedua-duanya dihantar ke kauseling susulan trauma yang dialami akibat kematian anak. Pihak polis juga mengesahkan bahawa siasatan telah dibuka dan akan mengambil keterangan kedua-dua ibu bapa mangsa.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas ditinggalkan di dalam kereta sehingga tiga jam selepas ibunya didakwa terlupa ketika sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis hari jadi anak orang lain.

BACA: Bayi Dilapor Maut, Dibelasah & Dibunuh Monyet Ketika Tengah Menyusu

BACA: Kecewa Isteri Kena ‘Sailang’, Lelaki Saman Sahabat Baik Sendiri RM 787 Ribu

BACA: “Tidur Bukanlah Tujuannya,” Lelaki Bina Hotel ‘Tanpa Bilik’, Caj RM1,485 Semalam

Sumber: Daily Star

Nurul Nazihah