Siakap Keli
Yayan Ruhian ziarah kubur Mat Kilau
Gambar: Yayan Ruhian

“Terima Kasih Seluruh Saudara Malaysia,” Yayan Ruhian Kongsi Sempat Ziarah Kubur Mat Kilau

“Terima Kasih Seluruh Saudara Malaysia,” Yayan Ruhian Kongsi Sempat Ziarah Kubur Mat Kilau

Masuk hari keenam filem inspirasi sejarah pahlawan Melayu, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan ditayangkan di seluruh negara, kehangatannya kian dirasai apabila kutipan untuk filem itu dikatakan terus melonjak.

Menerusi perkongsian Syamsul Yusof di Instagram Story, kutipan untuk filem itu telah mencecah sebanyak RM18 juta setakat semalam (29/6/2022).

Dalam pada itu, barisan pelakon yang membintangi filem tersebut juga semestinya turut menjadi bualan ramai kerana lakonan mereka yang ‘membekas’ di hati.

Salah seorang darinya adalah pelakon Indonesia, Yayan Ruhian yang membawa watak Toga.

Seperti yang diketahui, Yayan sangat dikenali kerana kemahiran aksi bertarungnya dan pernah membintangi beberapa buah filem di Hollywood.

Sejak hari pertama filem Mat Kilau ditayangkan, Yayan turut giat mempromosikannya bersama para pelakon yang lain.

Bagaimanapun, pelakon berusia 53 tahun itu dilaporkan telah berangkat pulang semula ke tanah airnya semalam.

Perkongsiannya di Facebook semalam turut menarik perhatian kerana dia dilihat telah menziarahi Makam Pahlawan Mat Kilau di Jerantut Pahang.

“Sebelum kembali ke Indonesia, berziarah ke Makam Pahlawan Mat Kilau, di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang,” katanya.

Menerusi kirimannya itu, dia juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokongnya.

“Terima kasih kepada seluruh saudara-saudara di Malaysia, kami sudah diterima dengan baik di sini.

“Harap-harap boleh silaturahmi dan berjumpa lagi. Mohon maaf zahir batin jika ada silap dan khilaf,” katanya lagi.

Sehingga kini, perkongsiannya itu telah mendapat sebanyak 24 ribu tanda suka dan dihujani dengan ratusan komen dari netizen.

Selamat jalan pak yayan

Semoga selamat urusannya

 

 

Sumber: Yayan Ruhian

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Sofea

There's always another side to every story