Siakap Keli
pengembara masa 2096
Gambar: Harvard Gazatte, Freepik, AZoNano via Google

Individu Mengaku ‘Pengembara Masa’ Dari 2096 Dakwa, Wabak Dahsyat Dari Virus Akan Muncul Pada 2024

Baru-baru ini, seorang individu yang mengaku dirinya pengembara masa dari tahun 2096 mendakwa, satu wabak dahsyat daripada virus akan muncul pada 2024 kelak, lapor Daily Star.

Menurut laporan, individu tersebut memberi amaran mengenai wabak baharu itu menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok @timetravlehqr pada 28 Jun kelmarin.

Dakwa individu itu, selain virus dan wabak dahsyat, dunia juga didakwa bakal berdepan beberapa penemuan aneh seperti makhluk asing serta hidupan pelik dari bawah tanah.

“Amaran, sesetengah orang tidak percaya bahawa saya adalah pengembara masa dari tahun 2096 jadi ini kejadian yang akan berlaku.

“Pada 2022, US akan berkongsikan perkara mengenai Unknown Flying Object (UFO) kepada orang ramai. Kemudian tahun 2023, makhluk hidup terbesar di bawah tanah akan ditemui.

“Pada 2024 (pula), virus berbahaya dan misteri akan menular di negara dunia ketiga dan merebak ke seluruh dunia. Bersedialah,” dakwanya dalam video itu.

Bagaimanapun, ramai pengguna TikTok lain tidak yakin dengan dakwaan yang dikeluarkan oleh individu berkenaan dan mereka menganggapnya sebagai satu  kenyataan palsu.

Namun menurut Daily Star, penampakan UFO dipercayai mungkin ada benarnya apabila ia semakin dipersoalkan dan menjadi topik hangat sehingga kini.

Pada bulan lepas, pegawai penyelidik Ibu Pejabat Pertahanan US di Pentagon telah mengemukakan fail-X bagi menjawab persoalan tentang mahkluk asing ketika disoal oleh Kongres US dalam satu sidang khas.

Difahamkan, sidang kemuncak itu merupakan perbincangan pertama mengenai kehidupan makhluk asing dalam tempoh lebih 50 tahun dan ia sebahagian pendekatan serius negara Barat di sebalik isu UFO.

Ahli kongres merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan US, Adam Schiff berkata,”Ini akan memberi hasil kepada orang ramai untuk mendengar secara terus perkara itu (isu UFO) daripada pemimpin dalam komuniti penyelidikan tentang salah satu misteri terbesar itu pada masa kini.

“Ia bagi mendedahkan spekulasi melampau mengenai perkara itu secara telus dan benar,” katanya, merujuk Daily Star.

Terdahulu, pada tahun 2021, US pernah mengeluarkan data iaitu sebanyak 144 kes dilaporkan mengenai kejadian UFO yang tidak dapat dikenal pasti sejak 2004.

@timetravlehqr

#fyp#space#ufo#alians#time#travel#timetraveler

♬ original sound – Ask questions 😱

Sumber: Daily Star

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?