Siakap Keli
Gambar: Syamsul yusof

Mat Kilau Pintas Filem Hollywood, Raih Kutipan RM23.3 Juta Lepas Seminggu Ditayangkan

Mat Kilau Pintas Filem Hollywood, Raih Kutipan RM23.3 Juta Lepas Seminggu Ditayangkan

Baru seminggu ditayangkan, Mat Kilau menjadi filem epik Melayu pertama yang pecah panggung selepas berjaya mendapat kutipan sebanyak RM23.3 juta.

Pengarahnya, Syamsul Yusof berkongsi mengenai jumlah kutipan terbaru itu di Instagram miliknya pagi tadi.

Menurutnya, Mat Kilau juga telah berjaya mengatasi filem Hollywood yang sedang ditayangkan pada ketika ini.

“Mat Kilau masih berjaya menduduki carta box office nombor satu mengatasi filem Hollywood Minions, Jurassic World, Elvis dan Top Gun Maverick.

“Filem epik Melayu terpantas capai 23.3 juta hanya dalam masa tujuh hari,” tulisnya di kapsyen.

Mat Kilau merupakan filem inspirasi sejarah yang memaparkan kebangkitan pahlawan-pahlawan Melayu menentang penjajah.

Mula ditayangkan di pawagam pada 23 Jun lalu, filem itu juga dipenuhi dengan aksi pertarungan dan persilatan yang mendebarkan, membuatkan orang ramai teruja untuk menontonnya.

Filem itu dibintangi oleh Dato’ Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Farah Ahmad, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

Dalam pada itu, rata-rata penonton berharap agar lebih banyak lagi kisah-kisah berkaitan sejarah akan difilemkan selepas ini.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

BACA: “Terima Kasih Seluruh Saudara Malaysia,” Yayan Ruhian Kongsi Sempat Ziarah Kubur Mat Kilau

Sumber: Syamsulyusoffilm

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Sofea

There's always another side to every story