Siakap Keli
Orc
Gambar via Daily Star

Seperti Orc Dalam ‘Lord Of The Ring’, Makhluk Aneh Ditemui Terdampar Di Tepi Pantai

Seorang pengunjung di sebuah pantai terkejut apabila melihat seekor makhluk aneh yang ditemui terdampar di tepi pantai tanpa mata kelihatan seperti watak Orc dalam filem ‘Lord of The Rings’.

Andrea Jud, 39, terjumpa bangkai makhluk aneh tersebut ketika sedang bersiar-siar di tepi pantai Gabr el-Bint di Semenanjung Sinai di Mesir. Makhluk dengan rahang menganga luas itu dipercayai untuk membantu ia memburu mangsanya.

Menurut Andrea, dia pelik dengan binatang aneh ini dalam masa yang sama timbul rasa bimbang dengan punca kematiannya yang mungkin agak mengerikan.

“Saya tidak menyentuhnya, hanya dengan melihat sudah cukup membuatkan saya rasa tidak nyaman.

“Ia kelihatan seperti sudah benar-benar mati, kulit kering berwarna kelabu dan bertompok. Mulutnya ternganga menunjukkan giginya yang tajam.

“Terdapat lubang pada bahagia belakang makhluk aneh ini dan ia mungkin telinga atau mungkin juga insang,” jelasnya. 

Menurutnya, dia tidak dapat melihat sepasang mata pada tubuh haiwan ini dan bentuk badannya agak melengkung seperti kuda laut. Dia juga agak terkejut dengan saiz haiwan ini yang sebesar lengan dan kepala lebih besar daripada satu penumbuk. 

Perunding pembangunan Switzerland telah berkongsi gambar-gambar tersebut di salah satu kumpulan di Facebook. Ada yang berpendapat bahawa itu adalah sejenis belut moray merujuk kepada bentuk rahangnya. 

Memetik Daily Star, jika benar makhluk itu adalah dari spesies moray, cuaca panas di Mesir benar-benar telah menghanguskannya sehingga ia tidak dapat dikenal pasti dengan mudah.

BACA: “Split Personality”, Macam Mana Orang Boleh Ada Banyak Personaliti? Ini Penjelasannya

BACA JUGA: Dihempas Jurulatih 27 Kali, Pelajar Judo Berumur Tujuh Tahun Dilapor Maut

Sumber: Daily Star

Faiz Mustafa