Siakap Keli
Minyak masak

Proses Kat Rumah Je, Abang Ni Kongsi Cara Nak Buat Sendiri Minyak Masak Guna Buah Sawit

Proses Kat Rumah Je, Abang Ni Kongsi Cara Nak Buat Sendiri Minyak Masak Guna Buah Sawit

Semakin hari, kos sara hidup semakin tinggi lebih-lebih kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar dan juga yang telah berumah tangga.

Malah, sejak dua tiga hari lalu, turut tular di media sosial apabila netizen berkongsi harga minyak botol 5kg yang didakwa mengalami kenaikkan harga mendadak, ada yang sehingga RM 50 sebotol.

Berdepan dengan tekanan sebegini, selagi boleh berjimat-cermat, kita akan cuba sedaya upaya untuk  berjimat cermat bagi mengurangkan kos sara hidup yang kini semakin melonjok tinggi sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Oleh itu, hari ini Siakap Keli ingin berkongsi cara menghasilkan minyak masak sendiri di rumah yang dipetik dari laman TikTok milik Hamba Kayangan. Apa yang diperlukan dalam pembuatan minyak masak adalah buah kelapa sawit yang telah matang.

Pertama sekali, anda perlu membersihkan terlebih dahulu buah kelapa sawit kemudian dikukus untuk beberapa minit. Seterusnya, angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum kopek dan kukus sekali lagi.

Setelah itu, dengan menggunakan kain yang bersih, perah kelapa sawit yang telah dikukus tadi untuk keluarkan minyak. Tapiskan perahan minyak tadi kemudian masak sekejap untuk dapatkan tekstur minyak yang lebih halus. Siap dan boleh terus guna.

Anda boleh merujuk video penghasilan minyak sawit sendiri seperti dibawah.

@yiern_cyb

beras mahal..kita tanam padi sndri..cili mahal..kita tanam cili sndri..minyak msak mhal..kita try buat sndiri..😌

♬ Nan Ko Paham – Kkz D BLG

BACA: Remaja Dipercayai Psikopat Dilapor Bunuh Adik Tiri Lima Tahun, Dipenjara Seumur Hidup

BACA JUGA: Tak Perlu “Thailand Pass”, Insurans Kesihatan 10 Ribu Dollar Untuk Masuk Thailand Bermula 1 Julai

BACA JUGA: “Kita La Sedih Bagi Anak Makan Macam Tu”, Wanita Sebak Bagi Anak Makan Telur Setiap Hari Selepas Suami Kemalangan

Sumber: Hamba Kayangan (TikTok)

Faiz Mustafa