Siakap Keli
Sumber: National Geographic

Tak Perlu “Thailand Pass”, Insurans Kesihatan 10 Ribu Dollar Untuk Masuk Thailand Bermula 1 Julai

Tak Perlu “Thailand Pass”, Insurans Kesihatan 10 Ribu Dollar Untuk Masuk Thailand Bermula 1 Julai

Thailand merupakan sebuah negara yang tidak asing lagi bagi negara kita. Pada 2019 sahaja, lebih empat juta pelancong negara kita telah melancong ke negara tersebut. Bukan sahaja dari segi keenakan makanan yang menarik perhatian, tetapi kepelbagaian budaya dan lambakan tempat menarik yang dapat dikunjungi menjadikan negara itu antara negara yang mempunyai kadar peratusan kemasukkan pelancong asing tertinggi dunia.

Maka, tidak hairanlah negara Thailand ini sering menambah baik sistem pelancongan mereka memandangkan itu merupakan antara penyumbang ekonomi bagi mereka.

Terbaru, Thailand dilapor telah menghapuskan syarat pas kemasukan dan turut ditarik semula adalah syarat memiliki insurans kesihatan bernilai USD 10,000 yang ditetapkan sebelum ini. Pelancong kini hanya perlu menunjukkan bukti sama ada sijil vaksinasi atau keputusan pra-ketibaan ujian RT-PCR negatif atau profesional ATK, untuk memasuki Thailand.

Peraturan tersebut dikuatkuasakan bermula pada 1 Julai 2022 beserta dengan beberapa peraturan khas khususnya bagi pengembara yang telah di Vaksinasi/ Tidak Divaksinasi/ Tidak Divaksinasi Sepenuhnya dari semua negara atau wilayah.

Fact check: Double-vaccinated breakthrough COVID infections | Health | DW | 16.10.2021
Gambar Hiasan (Sumber: DW)

Keperluan Sebelum Tiba

Keperluan sebelum tiba di Thailand ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pengembara yang sudah divaksin dan pengembara yang tidak divaksin.

Vaksin– Pengembara yang sudah divaksin mestilah mempunyai dokumen seperti berikut iaitu pertama, pasport yang sah atau pas sempadan untuk ketibaan melalui pusat pemeriksaan sempadan. Kedua, sijil vaksinasi COVID-19.

Bagi individu yang berusia 18 tahun ke atas, mestilah diberi vaksin sepenuhnya untuk COVID-19 dengan vaksin yang telah diluluskan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum ke Thailand.

Seterusnya, individu berumur 5-17 tahun yang melancong tanpa ditemani mesti mendapatkan vaksin sekurang-kurangnya satu dos vaksin yang telah diluluskan selama 14 hari sebelum tiba di Thailand. Tetapi jika ditemani oleh ibu bapa, mereka akan dikecualikan.

Tidak Divaksin– Jika pengembara tersebut tidak divaksin, mereka hanya memerlukan dokumen seperti pasport yang sah atau pas sempadan untuk ketibaan melalui pusat pemeriksaan sempadan sahaja.

Keperluan Semasa Tiba

Apabila pengembara tiba di Thailand, mereka mesti menjalani pemeriksaan kemasukan terlebih dahulu. Antaranya ialah pemeriksaan suhu badan, mengemukan dokumen yang diperlukan kepada Pegawai Imigresen/Kawalan Kesihatan bertujuan menjalankan pemeriksaan.

Tambahan daripada itu, pengembaran dibenarkan untuk pergi ke mana-mana sahaja. Bagaimanapun, bagi mereka yang tiba melalui darat menggunakan pas sempadan, hanya dibenarkan menetap tidak lebih daripada tiga hari dalam kawasan yang ditetapkan sahaja.

Hal ini turut sama kepada pengembara yang tidak divaksin/tidak divaksin sepenuhnya yang mempunyai bukti keputusan negatif daripada ujian RT-PCR atau profesional ATK dalam masa 72 jam perjalanan akan dibenarkan masuk dan bebas untuk pergi ke mana-mana sahaja di negara ini.

Mereka juga dikehendaki mematuhi arahan dan garis panduan kesihatan awam yang telah disuaikan oleh Pegawai Kawalan Kesihatan semasa tiba di sana. Untuk maklumat para pengembara, semua perbelanjaan yang ditanggung itu merupakan tanggungjawab pengembara sendiri.

Sepanjang Penginapan

Semasa di Thailand, sama ada pengembara yang sudah divaksin ataupun belum divaksin dinasihatkan untuk mematuhi piawaian kesihatan dan keselamatan dengan ketat. Pelancong yang mengalami simptom seperti COVID-19 dikehendaki menjalankan ujian terlebih dahulu. Jika ujian tersebut positif, mereka mestilah mendapatkan rawatan perubatan yang sesuai.

Negara tersebut sangat mengalu-alukan kedatangan pelancong tersebut dari seluruh dunia. Dengan kelonggaran yang dikuatkuasakan ini, pelancong kini dapat melawati negara Thailand dengan lebih mudah tanpa perlu dirisaukan lagi.

Mungkin imej teks yang berkata 'Thailand's entry requirements from 1 July 2022: Thailand Pass removed Rmore Read more https://thailand.prd.go.th PR Thai Government PRD'
Sumber: Tourism Thailand Malaysia

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Fungsi Sebenar Kod Bulatan & Petak Warna-warni Pada Bungkusan

BACA: “Kita La Sedih Bagi Anak Makan Macam Tu”, Wanita Sebak Bagi Anak Makan Telur Setiap Hari Selepas Suami Kemalangan

Sumber: Tourism Thailand 

Nurul Nazihah