Siakap Keli
mat kilau rm47 juta
Gambar: IG Syamsul Yusof

Filem Mat Kilau ‘Terpantas’, Raih RM47 Juta Dalam Masa 11 Hari

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini merupakan filem terpantas ‘laku keras’ dengan meraih RM47 juta kutipan dalam masa 11 hari tayangan.

Kenyataan itu dimuat naik oleh pengarahnya sendiri, Syamsul Yusof menerusi laman Instagram miliknya, syamsulyusoffilm.

“Mat Kilau merupakan filem terpantas meraih kutipan sebanyak RM47 juta dalam tempoh 11 hari. Bakal mengatasi box office rekod Munafik 2 tahun 2018 (RM48 juta),” katanya.

Syamsul menyatakan rasa syukurnya yang tidak terhingga selepas filem inspirasi sejarah berkenaan mendapat sambutan yang memukau daripada seluruh rakyat tempatan.

“Hilang kata. Limpah kurnia dariNya. Alhamdulillah terima kasih semuanya. Majulah filem bangsa & negara,” tulisnya dalam kenyataan itu.

Tambahan pula, dia juga menjelaskan Mat Kilau menjadi filem nombor satu Malaysia dalam masa dua minggu berturut-turut dengan mengalahkan filem Hollywood selama tempoh itu.

“Filem No 1 Malaysia two weeks in a row. Masih terus mengenepikan filem Hollywood untuk minggu ke-2,” tulisnya di Instagram.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Terdahulu, sejarah baharu tercipta apabila filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah memecah rekod filem Munafik 2 dengan kutipan mencecah RM39 juta.

Menurut pihak Golden Screen Cinemas (GSC), ia menjadikan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sebagai filem tempatan yang paling laku setakat ini.

“Terima kasih Malaysia, filem #MatKilau kini adalah filem tempatan terbesar, memecah rekod #Munafik2 dengan kutipan melebihi RM39 juta!

“Terima kasih semua atas sokongan anda! Siapa yang tidak tengok lagi, jom serbu wayang sekarang,” kata GSC menerusi kiriman di Facebook.

Tambah syarikat pawagam itu lagi, jumlah kutipan bagi filem Munafik 2 adalah 37.7 juta pada tahun 2018.

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan merupakan filem inspirasi sejarah ketokohan pejuang Mat Kilau di Pahang yang diarahkan oleh Syamsul Yusof.

Dipenuhi dengan aksi persilatan, filem itu mengetengahkan berkenaan perjuangan Mat Kilau menentang penjajah British pada tahun 1880-an.

Filem itu dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat iaitu Dato’ Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Farah Ahmad, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

Sumber: Instagram syamsulyusoffilm

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?