Siakap Keli
bunuh isteri dan bayi dua bulan
Gambar: Bernama, Utusan

Lelaki Disyaki Bunuh Isteri Dan Bayi Dua Bulan Ditahan Polis Dalam Keadaan Berbogel

Lelaki Disyaki Bunuh Isteri Dan Bayi Dua Bulan Ditahan Polis Dalam Keadaan Berbogel

Johor Bahru – Polis dilaporkan berjaya menahan seorang lelaki dalam keadaan berbogel yang dipercayai membunuh isteri dan bayi lelaki berusia dua bulan dalam kejadian di Bakar Batu hari ini.

Memetik laporan Utusan, lelaki tersebut telah ditahan di sekitar kawasan Permas Jaya pada pukul 2.45 petang tadi.

Ketika ditahan, pihak polis juga telah merampas sebilah pisau pemotong dan sebuah motosikal yang ditunggang suspek.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata bahawa tangkapan terhadap suspek dibuat ekoran satu laporan polis berhubung kejadian bunuh melibatkan seorang ibu berusia 26 tahun dan seorang bayi lelaki.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian bunuh itu dipercayai berlaku pada pukul 12.30 tengah hari di sebuah rumah di kawasan Bakar Batu.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati,” katanya.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat menersi talian 013-4472909 untuk membantu siasatan polis.

Sementara itu, menerusi ciapan ringkas Bernama, kedua-dua mangsa telah ditemui berlumuran darah di hadapan pintu rumahnya oleh penduduk setempat.

Difahamkan, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah bagi proses bedah siasat.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan bogel di tengah jalan raya.

Sumber: Utusan, Bernama

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Sofea

There's always another side to every story