Siakap Keli
durian black thorn
Kredit: Mothership

Lelaki Kecewa, Durian ‘Black Thorn’ Berharga RM117 Didapati Tidak Berisi

Lelaki Kecewa, Durian ‘Black Thorn’ Berharga RM117 Didapati Tidak Berisi

Seorang lelaki kecewa apabila durian berkualiti premium yang dibelinya dengan harga RM117 tidak mengandungi sebarang isi, lapor Mothership.sg.

Difahamkan, lelaki tersebut telah membeli durian premium jenis black thorn seberat 1.8kg dengan harga RM117 untuk sebiji pada 3 Julai yang lalu.

 

Lelaki itu turut berkongsi video di laman Facebook miliknya yang menunjukkan bahawa durian dibelinya itu tidak mengandungi sebarang isi.

Setiap pangsa durian itu juga didapati kosong dan tidak memiliki sebarang biji.

Dia pada awalnya menyangka durian itu akan memiliki isi yang besar dan banyak memandangkan berat durian tersebut hampir mencecah dua kilogram.

Namun, sangkaannya itu berubah menjadi kekecewaan selepas lelaki itu membuka buah tersebut.

Video yang dikongsikan itu turut dihujani komen daripada netizen. Hal ini kerana ada yang berasa kagum dengan fakta bahawa wujudnya durian yang tidak boleh mengeluarkan sebarang isi.

Selain itu, ada juga yang menasihatinya agar membuka durian terlebih dahulu di gerai sebelum dibawa pulang.

Sumber: Mothership.sg

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurfatihah Shahirah Azzuddin