Siakap Keli
tutorial telur sebiji makan 6 orang
Sumber: thekhai9000

Telur Sebiji Makan 6 Orang, Tutorial Abang Ni Buat Telur Mata ‘Mini’ Cuit Hati Ramai

Terdapat banyak tutorial yang menghiburkan di Tiktok yang boleh ditemui, antaranya tutorial yang dibuat oleh seorang lelaki mengenai telur sebiji untuk makan 6 orang.

Ditengah-tengah berita mengenai kenaikkan harga barang, ada kalangan kita yang memilih untuk mencari pelbagai cara untuk menyesuaikan diri. Seperti abang ini yang berkongsi cara nak berjimat-cermat makan telur. Tutorial yang dikongsikannya ternyata menghiburkan, sedikit sebanyak dapat meredakan tekanan yang mungkin dialami segelintir rakyat Malaysia ketika ini.

Melalui perkongsian yang dibuat Mohammad Khairizal, netizen nyata terhibur kerana tidak menyangka bahawa telur sebiji boleh dijadikan sajian untuk enam orang. Lebih unik, bukan telur dadar yang dipotong enam bahagian setelah dogoreng, sebaliknya Khairizal menghasilkan enam telur mata kerbau dari sebiji telur sahaja.

Rakaman yang dikongsikan di akaun Tik Tok miliknya itu hanya berdurasikan selama 12 saat sahaja tetapi mampu mencecah puluhan ribu orang yang menontonnya.

Di dalam rakaman tersebut, dia telah menunjukkan ‘cara-cara jimat makan telur’ dengan bermodalkan satu biji telur sahaja namun dapat dihidangkan kepada enam orang.

Walaupun dapat dihidangkan kepada enam orang tetapi saiznya sedikit kecil dari kebiasaannya. Video tersebut mendapat banyak reaksi yang berbeza dari orang ramai. Namun, kebanyakannya semua bergelak ketawa dengan video itu.

Malah, ada juga menyarankan kepada beliau tips-tips yang boleh dipakai untuk menjadikan telur yang goreng lebih besar dan lebih banyak untuk dikongsi.

Antaranya mereka menyarakan telur tersebut dicampur terlebih dahulu dengan dua sudu tepung gandum. Selain itu, mereka turut berkongsi pengalaman melakukan eksperimen sains melibatkan penggunaan telur ketika masih dibangku sekolah suatu masa dahulu.

Mengambil kira situasi semasa harga barang, video yang mampu menghiburkan kita seperti ini lah yang membuatkan kita lupa sebentar kesulitan yang sedang dilalui.

Jom lihat tutorial berikut dibawah.

@thekhai9000

Cara Jimat Makan Telur #fyp #faktakhai #tiktokguru #Learnontiktok #jombelajar #thekhai9000 #skagroup #ntcstudio #TechTok #ttsboleh

♬ original sound – Mohammad Khairizal A – Mohammad Khairizal A

BACA: Pengendali Syarikat Buru Haiwan Dilapor Maut, Ditembak Di Bahagian Kepala

BACA: Boleh Jadikan Matawang Kripto Mas Kahwin & Hukumnya Sah – Pejabat Mufti WP

Sumber: thekhai9000

Nurul Nazihah