Siakap Keli
JKM Bantuan RM500 palsu
Gambar via JKM

JKM Sahkan ‘Permohonan Bantuan RM 500 Sebulan Untuk Warga Emas’ Adalah Palsu

Maklumat yang tular baru-baru ini mengenai borang permohonan bantuan kepada warga emas sebanyak RM500 setiap bulan bagi tahun 2022 adalah palsu.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengesahkan perkara tersebut menerusi hantarannya di laman Facebook rasmi milik mereka, semalam.

“JKM ingin memaklumkan bahawa informasi yang tular di laman sosial berhubung dengan ‘Permohonan Bantuan RM 500 sebulan untuk Semua Warga Emas Tahun 2022’ adalah PALSU,” tegas pihak JKM.

Dalam pada itu, JKM menasihatkan agar orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkaitan skim bantuan JKM menerusi laman portal rasmi sahaja.

BACA: Tular, Langit ‘Bertukar’ Hijau Sebelum Berlaku Ribut Gemparkan Warga Dakota, Amerika

BACA JUGA: Lelaki Terapung Disangka Mayat Hanyut, Rupanya Sedang ‘Bertapa’

Sumber: JKM

Faiz Mustafa