Siakap Keli
Gambar via GamerBraves

Pencipta Komik Manga Yu-Gi-Oh Ditemui Maut Terapung Di Pantai Jepun

Pencipta Komik Manga Yu-Gi-Oh Ditemui Maut Terapung Di Pantai Jepun

JEPUN – Pencipta komik Yu-Gi-Oh yang menjadi kegilaan ramai pembaca, ditemui telah meninggal dunia berdekatan sebuah pantai bandar Nago di Okinawa pada hari Rabu, 6 Julai yang lalu.

Mayat beliau telah ditemui oleh pengawal pantai di sana dan mereka juga melaporkan menemui Takahashi siap dilengkapi dengan peralatan snorkeling.

Pengawal pantai dan pihak polis di Jepun kini sedang giat menyiasat kejadian yang membawa kepada kematian Takahashi.

Seseorang yang berada di atas bot di lokasi kejadian ketika itu dilaporkan telah menghubungi talian hotline maritim Jepun untuk melaporkan mengenai mayat yang kelihatan sedang terapung 300 meter (kira-kira 1,000 kaki) dari pantai di luar bandar peranginan Nago, pada jam 10:30 pagi hari Rabu lalu.

Komik Yu-Gi-Oh yang dicipta oleh Takahashi telah disiarkan oleh manga dalam Weekly Shonen Jump dari 1996 hingga 2004.

Komik tersebut juga telah mendapat tempat di pasaran antarabangsa secara berterusan sehingga ke hari ini. Ia juga turut mengeluarkan permainan kad, anime, mainan dan siri manga yang diperbaharui.

Takahashi pernah memenangi Anugerah Inkpot Comic-Con International pada Julai 2015. Anugerah tersebut bertujuan mengiktiraf individu itu atas sumbangannya yang cemerlang kepada komik, fiksyen sains dan fantasi, filem, televisyen, animasi dan fandom.

Takahashi juga melukis komik manga berjudul The Comiq, yang memperingati ulang tahun ke-50 majalah Weekly Shonen Jump Shueisha pada 2018.

Viz Media juga telah menerbitkan manga secara digital membuat kolaborasi bersama Takahashi untuk melukis manga Secret Reverse Marvel Comics, yang turut dikeluarkan oleh Viz Media nanti.

Sumber: AnimeNewsNetwork

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurlizah Khazani