Siakap Keli
korban ganti biasiswa
Gambar: FB Dr. Zulkifli

Tular Dakwaan Cadangan Ganti Ibadah Korban Dengan Biasiswa, Ini ‘Respond’ Dr. Zulkifli

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai sesetengah pihak yang mencadangkan ibadah korban ganti dengan biasiswa untuk bantu pelajar susah.

Ibadah korban merupakan amalan yang dilakukan oleh umat Islam ketika menyambut Hari Raya Aidiladha pada setiap tahun.

Secara umumnya, ibadah ini adalah suatu perbuatan menyembelih binatang-binatang Al-An’am seperti lembu, kerbau, kambing, kibas dan unta.

Kemudian, hasil sembelihan tersebut akan diagihkan kepada golongan asnaf atau fakir miskin bagi mereka bersama-sama menikmati daging korban itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini timbul dakwaan daripada sesetengah pihak bahawa terdapat cadangan bagi menggantikan ibadah korban ini kepada bentuk biasiswa untuk pelajar. Adakah ia diperbolehkan dalam syariat islam?

Bagi menjawab persoalan yang timbul, mari sama-sama kita ikuti perkongsian penuh berilmiah yang dibawakan oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Facebook rasminya.

Cadangan Ganti Ibadah Korban Dalam Bentuk Biasiswa

Gambar: FB Dr. Zulkifli

 

Alhamdulillah, selesai ibadah korban untuk malam ini. Insya-Allah, dagingnya akan diagihkan kepada fakir miskin, juga diperuntukkan sebahagiannya untuk jamuan.

Saya ada terbaca “cadangan” untuk menggantikan ibadah korban dengan biasiswa kepada para pelajar. Menurutnya, ia lebih bermanfaat dan menepati objektif dalam konteks hari ini memandangkan ibadah korban cuma sesuai pada zaman silam.

Ingin saya jelaskan bahawa ibadah korban adalah syariat yang sama sekali tidak boleh digugurkan. Objektif atau maqasidnya adalah untuk berkongsi rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada sesama Muslim, terutamanya fakir miskin. Mungkin pencadang tersebut tidak maklum yang daging adalah hidangan mewah bagi segelintir masyarakat kita. Tak semua mampu menikmatinya.

Adapun biasiswa seperti yang dinyatakan, ia telah pun ada melalui sistem zakat. Saya yakin, umat Islam yang cakna sudah sedia maklum tentang peranan dan sumbangan zakat dalam pendidikan pelajar Muslim di semua negeri dalam Malaysia. Semua laporan kutipan dan agihan daripada Agensi Mengurus Zakat dan Baitulmal negeri yang telah diaudit kini di hujung jari.

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita di bulan yang mulia ini.

Sumber: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?