Siakap Keli
Sumber: Google

Bagan, Kelian, Changkat, Batang & Guar, Ini Maksud 5 Nama Awalan Tempat Yang Ramai Tak Tahu

Bagan, Kelian, Changkat, Batang & Guar, Ini Maksud 5 Nama Awalan Tempat Yang Ramai Tak Tahu

Sememangnya tak dapat dinafikan lagi, terdapat banyak nama tempat yang agak unik dan menarik yang ada di Malaysia ini. Namun, tahukah anda sebenarnya di setiap nama unik, ia mempunyai makna yang tertentu tetapi ramai yang tidak mengetahuinya.

Kebiasaannya, nama-nama tempat yang diberikan ini berdasarkan satu kejadian, peristiwa, lambang di kawasan tersebut pada dahulu kala atau maksud di dalam bahasa lain.

Kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda lima nama awalan tempat yang biasa didengari namun mempunyai makna yang tersendiri.

BAGAN (Pangkalan/Jeti)

Mesti ramai di luar sana sangat sinonim dengan nama tempat yang bermula dengan nama Bagan. Lebih-lebih lagi di Butterworth kerana nama lama bagi daerah itu adalah Bagan. Namun, hakikatnya Bagan ini sebenarnya membawa erti pangkalan atau jeti.

Antara nama-nama tempat yang nama awalannya mempunyai nama Bagan ialah Bagan Ajam, Bagan Dalam, Bagan Belat yang ada di Pulau Pinang. Selain itu, Bagan Datoh, Bagan Serai, Bagan Tiang di Perak. Bukan itu sahaja, di Selangor pula terdapat Bagan Lalang dan Bagan Nakhoda Omar.

KELIAN (Lombong)

Mungkin ada yang pernah mendengar nama tempat Kelian ini namun turut meragui apakah yang dimaksudkan dengan perkataan Kelian. Makna bagi istilah Kelian ini  rupanya adalah lombong.

Nama awalan tempat yang mempunyai nama Kelian ini antaranya di Perak ialah Kelian Intan, Kelian Baru iaitu nama lama bagi Kamunting serta Kelian Pauh, nama lama bagi Taiping.

CHANGKAT (Tanah Tinggi/Bukit Kecil)

Changkat pula membawa makna tanah tinggi atau bukit kecil. Terdapat beberapa tempat yang menggunakan istilah ini dalam nama mereka seperti Changkat Duta dan Changkat Persekutuan di Kuala Lumpur, Changkat Jong dan Changkat Jering di Perak, Changkat Dumbar di Pulau Pinang serta Changkat Jawi di Perlis.

BATANG (Sungai)

Rupanya sesetengah tempat yang menggunakan nama awalan sebagai batang ini bermaksud sungai. Patutlah kebanyakkan sungai-sungai yang terdapat di Sarawak menggunakan nama ‘batang’ sebagai sungai. Misalnya, Batang Kali di Selangor, Batang Melaka di Melaka dan juga Batang Benar di Negeri Sembilan.

GUAR (Bukit/Dataran Tinggi)

Bagi istilah yang digunakan sesetengah tempat dengan nama Guar pula, membawa makna bukit ataupun dataran tinggi. Sebagai contoh tempat yang menggunakan nama Guar ialah Guar Chempedak, Guar Kepayang, Guar Napai di Kedah. Di perlis pula terdapat Guar Nangka dan Guar Sanji. Seterusnya, Guar Perahu di Pulau Pinang.

@5fakta_

#TikTokGuru #LearnOnTikTok #fyp #JomBelajar #TahukahAnda #edutok #foryou #foryoupage #malaysiaviral #malaysia #tiktokmalaysia #faktamalaysia #fypmalaysia

♬ Intro – The xx

BACA: Polis Bakar Ganja Lebih 1.5 Tan, Asap Tebal & Bau ‘Aneh’ Buat Orang Awam Panik

Sumber: 5Fakta

Nurul Nazihah