Siakap Keli
Rompak Kedai Emas Guna Batu Bata
Gambar Via ABC News

Polis Buru Lelaki Didakwa Cuba Rompak Kedai Emas Guna Batu Bata

Polis Buru Lelaki Didakwa Cuba Rompak Kedai Emas Guna Batu Bata

Cubaan seorang lelaki yang ingin merompak barang kemas menggunakan batu bata menjadi tular selepas ia gagal dilakukan walaupun telah menghentak kotak pameran berkaca sebanyak beberapa kali.

Aksinya itu telah berjaya dirakam oleh kamera CCTV di kedai tersebut sebelum menjadi tular di media sosial.

Rakaman kejadian itu dipercayai berlaku di Kay Jewellers di Menomonee Falls, Wisconsin pada 1 Jun lalu.

Menerusi video itu, ia menunjukkan suspek telah memasuki kedai dan kemudian menghempas objek seperti batu bata ke bahagian atas kotak pameran sehingga seorang pekerja bertindak menghalaunya.

Secara keseluruhannya suspek dilihat mencampakkan batu-bata tersebut sebanyak sembilan kali.

Disebabkan itu juga suspek terpaksa ‘berputih mata’ dan pulang dengan tangan kosong.

Memetik laporan Fox News, pihak polis kini sedang berusaha memburu lelaki tersebut.

Sumber: Fox News

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.