Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Baru-baru ini, tular seorang bayi yang selamat dilahirkan dengan empat tangan dan empat kaki di Hardoi, India, lapor Daily Star.
Menurut laporan Daily Star, bayi itu telah dilahirkan di sebuah Pusat Kesihatan Komuniti Shahabad, di negeri Uttar Pradesh.
Difahamkan, sepasang tangan dan kaki berlebihan itu bercantum pada bahagian perut bayi berkenaan.
Tambahan pula, bayi itu dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram dan masih belum diberikan nama oleh ibunya, Kareena sebelum dibawa ke Pusat Kesihatan pada Sabtu.
Kelahiran bayi terbabit telah disambut meriah oleh orang ramai yang berpusu-pusu selepas berita itu tersebar kepada penduduk tempatan.
Sehingga kini, ibu dan bayi berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sihat walaupun kekurangan kelengkapan perubatan.


Perkara sebegini bukanlah kali pertama penduduk di negara berkenaan mendengar berita seperti itu.
Sebelum ini, seorang bayi juga dilaporkan lahir dengan sifat yang serupa, iaitu empat tangan dan empat kaki di Hospital Sadar, timur India pada Selasa, 17 Januari awal tahun ini.
Sehubungan itu, ia telah menjadi tumpuan orang ramai dengan penampilan unik pada anggota badannya yang lebih.
Sumber: Daily Star