Siakap Keli
Gambar via Bernama

Azeem Fahmi Muncul Peserta Kelima Terpantas Dunia Dalam “Final” Kejohanan Dunia Olahraga B-20

Azeem Fahmi Muncul Peserta Kelima Terpantas Dunia Dalam “Final” Kejohanan Dunia Olahraga B-20

Muhd Azeem Fahmi, yang membawa nama Malaysia di Kejohanan Olahraga Dunia B-20 muncul sebagai manusia bawah 20 tahun kelima terpantas di dunia dalam acara akhir kejohanan tersebut.

Dengan catatan masa 10.14 saat, Azeem Fahmi berjaya menduduki tempat kelima dalam acara akhir 100m di Cali, Colombia. Tahniah diucapkan kepada anak muda Malaysia yang berusaha gigih mengharumkan lagi nama Malaysia di mata Dunia.

Teradahulu, Azeem Fahmi telah mencatat rekod baharu dalam acara 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan pribadi 10.09 saat pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia sekali gus melayakkan beliau mara ke pusingan separuh akhir.

Dalam pada itu, rekod yang dicipta oleh pelari pecut muda ini juga telah memintas rekod kebangsaan oleh bekas jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan pada Sukma 2016 di Kuching, Sarawak dengan catatan masa 10.18 saat.

Berdasarkan semakan Bernama, Muhammad Azeem setakat ini merupakan remaja terpantas Asia pada  2022 mengatasi atlet Jepun berusia 19 tahun, Hiroki Yanagita yang mempunyai masa peribadi terbaik 10.16s diikuti Boonson (10.19s) dan Wang Shuang dari China dengan 10.23s.

Catatan 10.09s itu turut mengatasi rekod Sukan SEA 10.17s milik bekas jaguh pecut Indonesia Suryo Agung Wibowo yang dicipta pada edisi 2009 di Laos dan menghampiri masa peribadi terbaik 10.03s bekas juara remaja dunia dari Indonesia Lalu Muhammad Zohri yang dilakukan pada 2019.

Sumber: Bernama, Reezal Merican (Twitter)

Faiz Mustafa