Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM4.55 kepada RM4.50 seliter berkuat kuasa bagi tempoh 4 Ogos hingga 10 Ogos 2022.
Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal, masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.
“Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Tambah kenyataan itu kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Sumber: MOFMalaysia