Siakap Keli

Tangani Gejala Stress Dan Keresahan Anda Guna Cara Mudah Ini

Tangani Gejala Stress Dan Keresahan Anda Guna Cara Mudah Ini

KUALA LUMPUR: Pepatah hendak mencari rotan, jangan takut onaknya sesuai menggambarkan yang tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.

Lumrah hidup, pasti datang dengan cabaran yang perlu ditempuhi. Lebih-lebih lagi dalam proses membina sesebuah perniagaan yang berjaya.

Lalu, menyedari keperluan ilmu, strategi dan bimbingan dalam membangunkan perniagaan, Eskayvie menjelajah ke tujuh buah negeri di seluruh negara yang bermula di Kota Bharu, Kelantan dalam program ‘Nexus Success Road Tour 2022’, Sabtu lalu (semalam).

Siri jelajah ini adalah susulan daripada kejayaan Nexus Success Convention yang berlangsung Jun lalu.

Selain latihan berterusan yang dijalankan atas talian, jelajah ini adalah inisiatif sokongan dan bimbingan bagi semua usahawan Nexus seluruh Malaysia untuk dilengkapi dengan ilmu kepemimpinan selain mahir dalam merancang strategi pemasaran yang berkesan.

Ini bagi memastikan setiap mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam membina empayar perniagaan dan mampu berdaya saing untuk menghadapi situasi ekonomi yang mencabar masa kini.

“Program ini turut terbuka kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan ekonomi keluarga dan mengatasi masalah pendapatan isi rumah yang terjejas berikutan keadaan inflasi sekarang.

“Ramai berdepan dengan masalah kewangan berikutan kos sara hidup yang tinggi terutamanya harga barang keperluan asas yang semakin meningkat.

“Justeru, Eskayvie mengambil inisiatif ini untuk membantu seramai mungkin dalam menggunakan sepenuhnya platform Eskayvie Nexus bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan kewangan masing-masing. Sehingga kini, kami sudah bantu lebih 10,000 usahawan Nexus yang berjaya capai pendapatan empat sehingga enam angka sebulan,” kata Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati.

Tambahnya lagi, hidup ini adalah pilihan.

“Jadi, untuk hidup selesa dan ada kewangan yang cukup sampai boleh memberi tanpa berkira, kita perlu berusaha dengan bersungguh- sungguh,” kata Kartika Wati.

Program berkenaan diadakan di Hotel Perdana, Kota Bharu dan turut diserikan dengan kehadiran duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.

“Saya lihat ramai usahawan yang mahir dalam teknik pemasaran tetapi berdepan masalah dalam berkomunikasi serta sukar membina ‘personal branding’ khususnya.

“Jadi sebagai duta, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang penyiaran kerana ia sangat penting untuk bantu setiap usahawan Nexus menjadi pemimpin yang berilmu dalam usaha mengembangkan lagi rangkaian mereka,” kata Aznil.

Program yang padat dengan perkongsian ilmu kepemimpinan dan strategi perniagaan ini menerima banyak maklum balas daripada usahawan Nexus yang berjaya mencapai pendapatan empat ke enam angka sebulan secara konsisten.

Salah seorang peserta, Ahmad Salman, 33, yang turut bergelar usahawan sepenuh masa dari Tanah Merah, Kelantan, dia optimis dengan jenama berkenaan.

“Saya sangat sukakan produk keluaran Eskayvie yang berkualiti dan banyak membantu kesihatan keluarga serta kenalan terdekat. Saya juga tertarik dengan program latihan dan bimbingan rapat yang disediakan untuk kami sebagai usahawan Eskayvie Nexus.

“Melaluinya juga saya dapat sama-sama membantu ramai orang untuk jana pendapatan minima empat angka sebulan dan menikmati kehidupan yang lebih selesa. Mereka datang daripada pelbagai latar belakang kerjaya yang berbeza.

“Selain kakitangan kerajaan dan swasta, ada juga daripada kalangan professional dan para peniaga kecil yang menjadi usahawan Nexus secara separuh masa dan sepenuh masa,” kata Ahmad Salman.

Sementara itu, Nurul Norasikin Ramli pula berkata dia mampu menjana lima angka sebulan bersama jenama terbabit.

“Saya beroleh pendapatan lima angka sebulan untuk membantu keluarga. Sebagai anak, saya sangat gembira dapat memberikan hidup yang selesa buat ibu bapa dan lapan adik beradik lain,” katanya yang berusia 29 tahun dari Wakaf Baru, Kelantan yang sudah berjaya mencapai nilai jualan RM4.3 juta setakat Julai lalu.

Manakala Fauziati Binti Ab Wahab, 37, pula pada awalnya buntu apabila bisnes kereta sewa terpaksa ditutup.

“Saya tak mampu nak bayar kos ‘overhead’ yang ditanggung. Saya tertarik sertai Eskayvie Nexus sebab tanpa modal dan tak perlu simpan stok.

“Bimbingan dan latihan yang sangat lengkap dan komprehensif untuk saya jalankan perniagaan dengan lebih bersistematik turut diberikan. Malah sokongan padu dari segi pemasaran dan pengiklanan yang berterusan sangat membantu kejayaan saya pada hari ini,” kata Fauziati, dari Masai, Johor yang berjaya melangsaikan hutang bernilai RM40,000 hasil daripada pendapatan bersama Eskayvie Nexus.

Dalam program yang sama, Eskayvie turut melancarkan produk terbaharu yang menyokong kesihatan minda orang dewasa

Eskayvie Mindtropic adalah vitamin booster minda yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa monnieri dan mineral yang dihasilkan dalam bentuk tablet kunyahan berperisa tropika yang enak untuk membantu menguatkan memori, memperbaiki mood dan tidur serta melegakan stres terutamanya bagi orang dewasa.

Mindtropic ini mampu menyokong kesihatan minda yang terjejas akibat Long COVID-19.

Selepas Kelantan, jelajah akan turut menemui setiap usahawan di Pahang ( 7 Ogos), Kedah (13 Ogos), Pulau Pinang (14 Ogos), Johor (27 Ogos), Melaka (28 Ogos) dan Perak pada 31 Ogos.

Melalui inisiatif ini, Eskayvie terus komited untuk mencapai misi melahirkan 1 juta usahawan Nexus aktif dan mencipta 50,000 peluang pekerjaan menjelang 2027. Turut mensasarkan jualan sebanyak 1 Billion US Dollar yang membabitkan pasaran sehingga ke 11 buah negara di Asia Tenggara, Eskayvie sentiasa bersedia dengan aktiviti kajian dan pembangunan produk yang berterusan.

Info lanjut layari www.eskayvie.com.

Aqmal Ezany

I write what is right

" "