Siakap Keli
peniaga goreng makanan tengah jalan
Gambar: Instagram @tashatamasya

Lampu Merah Lama Sangat, Peniaga Sempat Lagi Goreng Makanan Tengah Jalan

Lampu merah lama sangat, peniaga sempat goreng makanan tengah jalan. Itulah yang terjadi dalam satu situasi di Indonesia baru-baru ini.

Siapa sangka, sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau, gelagat seorang peniaga yang sempat menjual makanan kepada pengguna jalan raya mencuri perhatian ramai.

Berniaga bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah, lebih-lebih lagi jika dilakukan di bawah sinaran terik matahari demi mencari sesuap rezeki. Begitulah gelagat seorang peniaga yang sempat dirakam ketika dia sedang sibuk menggoreng makanan.

Kelibat peniaga itu meraih perhatian ramai selepas sebuah klip video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, Instagram @tashatamasya tular di media sosial.

Dalam perkongsian itu, terpapar aksi seorang peniaga lelaki sedang menggoreng makanan di atas lintasan zebra bersama gerai makanan bergerak miliknya.

Difahamkan, lampu isyarat merah di situ terlalu lama. Jadi alang-alang lama menunggu, peniaga itu pun pantas mengambil peluang berniaga di atas lintasan itu juga sambil lampu bertukar hijau.

“Sempat pula abang ni menggoreng sewaktu tunggu lampu merah di tengah jalan. Sebenarnya lampu merahnya tidak lama namun masih sempat goreng makanan di situ,” tulis pemilik video berkenaan.

Video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet mengenai kelakuan yang ditonjolkan oleh peniaga itu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tasha Tamasya (@tashatamasya)

Untuk makluman, video itu telah mendapat lebih 139,000 tanda ‘Suka’ dan lebih 2,000 komen daripada netizen setakat ini.

“Hahaha. Ini adalah salah satu contoh menggunakan masa anda dengan efektif,” kata nana.lingga.

“The real masa itu duit,” komen berumput_.

“Dia dah hafal berapa lama lampu merah bertukar jadi hijau, ” kata minurmi1009.

Sumber: Instagram tashatamasya

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.